Surat untuk Abah


Abah.
Aku panggil die bapak. Kadang kadang abah.
Die la satu satunye abah yang aku ada.

1995
Aku masih ingat lagi. Kenangan waktu kecil. Menghabiskan waktu waktu kecil ku dengan abah.
Lepas abah balik keje, abah selalu bawak aku pergi jalan.
Abah bawak aku naik motor.
Aku duduk dalam bakul depan.
Comel.
Abah selalu bawak aku minum teh tarik petang petang.
Memori saat itu masih segar dalam ingatan.
Teh tarik yang panas tu, Abah tuang dalam piring.
Aku minum gune piring.
J
Abah jenis yang tak panas baran.
Selama aku hidup dengan Abah, boleh di kira dengan jari berapa kali tangan abah sampai ke muka.
Mungkin sekali. Aku tak pasti.

1997
Abah hantar aku masuk sekolah rendah.
Aku cium tangan abah setiap kali aku pergi sekolah.
Ku kucup tangan tua nya itu di bibir ku.
Sejuk hati bila dapat cium tangan Abah.
Kalau tak kerana die, mungkin aku takkan berada di mana aku berada sekarang ni.
Terima kasih abah. :’(

2002
Aku dapat lihat senyuman di bibir abah mase aku tunjuk keputusan UPSR aku.
Aku tak dapat hadiah macam orang lain masa tu.
Cukup lah dapat buat Abah senang.
Bile masuk sekolah menengah, Aku selalu ponteng sekolah.
Abah tak pernah marah aku sebab tak pergi sekolah.
Mungkin die nak aku fikir sendiri.
Fikir supaya aku jadi ‘orang’ bile aku besar nanti.

2008
Lepas habis SPM. Aku kerja.
Pertama kalinya aku ringan kan beban Abah.
Selama ni die yang bersusah payah kerja untuk besarkan seorang anak seperti aku.
Aku nak balas jasa Abah.
Tak terkira banyak nye pengorbanan abah terhadap aku.
Tak ternilai pengorbanan itu dengan wang ringgit.
Dan takkan terbalas pengorbanan Abah itu. -,-‘’

2012
Esok hari bapa.
Aku doakan semoga die baikbaik saja. Panjang umur. Sebab aku nak hidup dengan die. Selamanya. :’(
Aku banyak buat salah dengan Abah.
Abah memang penyabar orang nye.
Maafkan orang bah.
Abah lah bapa yang paling baik dalam dunia ni.
Orang sayang Abah. Sayang sangat.
Walau pun orang dah jarang bersama abah. Percayalah.
Tak sedikit pon rasa sayang terhadap abah hilang.

Selamat Hari Bapa Abah.
Orang akan buat Abah bangga satu hari nanti. Percayalah.

3 comments: