Assignment is killing me. Memang aku benci gile buat assignment ni. Tapi sebagai seorang student, memang tak dapat lari dari assignment ni. Erggghh!
Last week lecturer aku ade bagi assignment. Then ingat cuti seminggu ni nak buat la. Tibe tiba, aku hilang ingatan kejap pasal study. langsung aku tak ingat pasal assignment tu. haha.
Hari berganti hari, and today is Sunday. Yeah. aku tak siap ape ape lagi. Langsung tak sentuh. Soalan pon aku tinggal kat tumah sewe. And baru aku sedar erti penyesalan. Keserenokan bercuti itu hanya sementara saja. Arghh. Aku semakin tertekan. Macam macam perasaan datang. Takut, haru biru, tertekan, sedih, semua mengahantui diri.
Memang aku tak boleh lari. Nak tak nak aku kene siap kan jugak. Dah la due date hari selasa ni. Ergghh.
Kalau lah aku boleh pusing balik masa, aku nak gune kan mase cuti seminggu tu untuk perkara yang berfaedah! Tapi nasi dah menjadi bubur. Menangis air mata darah sekali pon, perkara itu tak mungkin akan terjadi.
Aku kuatkan semangat, aku kuat kan diri. Buang semua sifat malas yang bermaharajalela dalam diri. Aku bersengkang mata untuk siapkan jugak assignment itu.
Semangat itu hanya sementara. Telefon bimbit berdering menandakan ada mesej diterima. Mesej dari seorang kawan baik. Aku baca. " Eh, jom lepak malam ni. Kita jamming pastu shisha dekat mamak tempat biasa".
Aku balas dengan tidak rela hati.
"Aku ade assignment nak buat la. Malam ni aku dah nak balik Segamat".
Die reply. "Rilek la. Kau balik la Segamat esok. Kelas esok takyah pegi la. Come on."
"Okayy". Cepat betul aku berubah fikiran. Haishhh. Ponteng lagi sekali kelas hari isnin la jawab nye. -,-''
Moral of the story : Siapkan semua kerja awal. Jangan suka bertangguh macam aku. Selamat malam. :)
No comments:
Post a Comment