Still Noob dalam bidang PEMPOTRETAN.

Pempotretan? ( Dahulu kalanye ayat aku. Hewhew. )
Photography actually. -,-''
Mesti ramai antara korang korang ni interested dalam bidang Photography ni kan?
Photography ni hobi paling awesome aku rase.

Dulu mase nak sambung degree, aku apply photography.
Tapi tak dapat. Heheh. Bukan bidang aku maybe. -,-''

Aku minat dari zaman Kolej lagi hobi ni.
Mase tu membe aku baru beli DSLR.( Alah kamera yang besar warne hitam yang budak budak selalu gantung kat leher die tu. Hehe )
Aku lah orang paling teruja mase tu.
Snap sini. Snap sane.
Jakun. Tak penah pakai DSLR la katekan.

Beberapa bulan kemudian, aku pon ade DSLR tau. Ngeeeh. :)

TAPI..
itu hanye sementara jek.
Aku dah jual dah kamera tu.
Sedih.
Ade lah sebab yang tak dapat nak di elakkan kenape aku jual bende yang aku paling sayang tu :'(
Ceyh. Tacing la pulak. Hewhew.

Okayy. Aku ade la amik sedikit gambar gune kamera tu.
Masih amateur lagi.
Banyak lagi yang perlu di pelajari.

Tapi, why not kan kalau aku nak share gambar gambar tu dalam belog ?
Hehe.



Ni gambar anak buah aku. Ade comel macam aku tak? Hehew.
Mate die sepet sepet sikit. Macam mate aku. Kahkah. :))









Ni gambar adik aku yang paling bongsu. 
Die ni selalu kene pakse jadi model aku. 
Hitam budak nye. Penat aku tacap (edit ). Tak cerah cerah. Ngeeehh.









Comel kan die ni. Mak aku cakap muke die same macam aku kecik kecik dulu.
So korang dapat bayang kan tak betape comell nye aku ?
Hehehe. :))








Just an ordinary wall.
Time aku bosan nak mati dam bilik, aku tersnap gambar ni.
Ape motif gambar ni? Aku pon tak tau. -,-''








Gambar buah hati aku. Gitar ni best friend aku yang bagi.
Mase last day time Kolej dulu die bagi aku.
Die cakap.
"Ambik lah Gitar ni buat kenangan, supaye kau tak lupe kat aku. "
Hehe. Tacing. T_T








Asyik gambar budak ni jek. Haishhh.
Adik aku yang selalu kene marah dengan aku time aku ajar die Maths.
Padan muke die.
Nangis aku kerje kan budak ni. Kesian. Hehe.
At last, pandai jugak la. Hewhew.




Okayy. That's it. Hanya beberape keping gambar.

Actually banyak sebenarnye. Aku letak semua gambar gambar yang aku snap dulu dalam laptop adik aku.
Pastu laptop die boleh rosak.
Aku macam. Issshhh!
Nak jadi hulk time tu pon ade jugak.
Dah la takde backup.
Perggghh. 
Darah menyirap naik ke kepala. Nasib baik aku ni cool. Hehe.
Redha je la.

p/s : Nanti kalau ade mase, aku apdett lagi belog ni. Masuk kan gambar banyak banyak. Haha.
Aku nak pegi study ni. Luse exam. Haha.

Bye. :))


Die ni ALIEN ke ape?

Hehe. Tak baik nye aku kan cakap orang ALIEN kan?
Haha.

Eh? Bukan aku cakap tanak jenguk belog ke minggu minggu exam ni? Haha.

Hehe. Aku baru abis exam tadi.
Tangan gatal nak tulis belog. So, aku buat la jugak entry ni.

Okayy, actually ade sorang mamat ni. Aku kenal die dah 3 tahun.
I repeat. 3 TAHUN taw. (siap bold lagi kau!)


Gambar sekadar hiasan. 
Comel pulak aku tengok Alien ni. Haha. :))



Tapi kan, ade bende pelik la kat budak ni.
Tau ape bende?

Dalam 3 tahun aku kenal die, boleh dikira berapa patah perkataan die cakap dengan aku.
Die selalu cakap,
" Eh, makan."
" Eh, keluar makan ke?"
" Eh, bile balik?"
" Eh, da study?"

That's it. Habis perbualan!

Aku rase sikit tu je kot dialog die dengan aku.
Yang lain semua monolog dalaman.( Bercakap dalam hati.)
Haha.

Aku pon tak tau kenape die seperti itu.
Adakah memang sejak azali lagi die seperti itu?

Bagaimana rutin die sehari hari bersama keluarga, kawan?

Siape lagi kawan kawan die?

Kenape die mengelak dari bergaul?

Adakah aku Jahat?

Pelbagai persoalan muncul dalam kepala.

Tapi kan. Ade satu soalan yang agak rumit untuk di rungkai kan.
Die ade Awek tau!
Tapi macamane awek die boleh sangkut dengan die?
Ape yang die selalu bual kan?

Hehe. Sibuk je aku ni nak jage tepi kain orang. Haha.

Tapi kan. (Tapi lagi. -,-'')
Die ni memang budak pandai.
Nerd.
24 seven buku.

Die ni housemate aku.
Die duduk sorang je dalam bilik.
Dengar lagu sorang sorang.
Makan sorang sorang.
Agak agak ape ek die buat kat dalam bilik tu? Curious. -,-''
Kadang kadang kesian jugak aku dengan die.
Haishh. Entah lah.
-,-''

Aku doa kan die merasai sebuah kehidupan di samping kawan kawan satu hari nanti.
Dan semoge die berjaya dalam hidup die. Amin. :))

Okayy. Habis.

Eh? Macamane aku tetibe boleh buat entry pasal die ni?

Oh, tadi aku bukak ais box. Ade cokelat. Aku tanye membe aku. Die cakap die punye.
Aku pon bedal lah.
Pastu die gelak gelak. Haha.
Rupe nye coklat tu si mamat Alien tu punye. Haishh.

Tadi die keluar bilik, muke masam jek. Marah sebab aku makan cokelat die la tu. Haha.

Sory eh. Halal kan taw. Hewhew.
Aku ni memang nampak ape je yang ade dalam ais box tu, aku bedal jek. Hehe.

p/s : Aku suke makan cokelat. Lagi lagi kalau ade kacang. Hewhew.

Bye. :))

Die memang PUNCE segale galenye!

Bace tajuk entry pon dah tau yang aku ni memang tengah MARAH. kan?
Haha.
Actually tak pon.
Aku ni mane suke marah marah.
Aku suke gelak jek. Macam ni. Haha.
Dan.
Aku ni baik orang nye. Hew hew. (orang baik tak cakap diri die baik la. haha)
Okayy la.

Actually, bukan itu yang aku nak cakap sekarang. (Asyik asyik actually. Gedik nye kau. Haha.)
Lain kali aku buat entry pasal diri aku pulak okayy. Haha.

Aku just nak cakap yang kalau takde die, maybe aku tak buat ape yang aku buat sekarang ni.
I mean, tulis belog.
Haha.

Siape die?
Putri name die.
Gile gile orang nye.
Ting tong. Kah kah.
Die junior aku kat Kolej dulu.
Haha. Baru aku tau yang die ni wujud kat Kolej aku dulu.
Kah kah.

Okayy, straight to the point.
Die yang ajar aku buat belog ni.
Terima Kasih banyak banyak kat die.
Aku ni memang Noob pasal belog belog ni semua.
Haha.

Actually, aku terminat tulis belog ni sebab Haniz Zalikha la.
Sape Haniz Zalikha?
Cer google.
Haha.

Okayy, dah tak tau nak tulis ape. Entry yang pendek hari ni.
Sebab idea takde. Cuace mendung. Otak lembab.
Haha.
Okayy. Bye.

Ni link buat ting tong tu. Haha.

Okayy. That's it.

Oh ye. Lupe nak cakap.
Belog aku ni maybe tak tersentuh untuk beberapa minggu ni.
Sebab dah Final Exam. Haha.
Doa kan aku berjaya.
Sayang korang semua. :))
Bye.





Aku nak jadi PENYANYI.


Dulu kan, mase kecik kecik, darjah satu.
Ingat tak yang cikgu ade suruh kite tulis cite cite kita kat belakang satu kad besar.
Kad tu warne coklat? Kan. ( ke aku sorang je yang buat? ) haha.


Haaa. Ni haa kad die.
*Tapi ni bukan kad aku. 
Kad aku da hancur lebur kene makan dengan anai anai. Hahah.


Aku mase tu agak blur blur sikit. (Dah besar pon still same jek blur blur jugak.) -,-‘’
So, aku tiru member aku punye cite cite. Heeee.
Die tulis nak jadi cikgu, polis, doktor.
So aku pon, ikut je jejak langkah die. haha
*Dah memang standard budak darjah satu tau 3 kerjaya tu je. Haha.
Bile di kenang kenang kan, memang agak mustahil untuk capai cite cite tu.
Hehe.*gelak lagi. Aishh. -,-‘’

Okayy, bile setat je darjah due. Aku dah makin bijak sikit. Sikit la. :)
Aku buat cite cite sendiri. Dah tak tiru budak tu lagi da. Haha.
Pikir punye pikir. Last last aku tulis nak jadi Cikgu, doktor dengan
Dengan..

.
.
.
.
.
.

Penyanyi.

Kah kah kah. *Gile kelass kan cite cite aku time tu? Haha
Sampai darjah lime aku tulis cite cite yang same. (:
Sebab kecik kecik dulu memang aku nak sangat masuk TV.
Tak tau kenape. Maybe sebab ade TV je kot time tu. Haha.


Aku bayang kan aku macam ni mase tu. Kah kah. :))
Orang cakap muke aku same ngan mamat ni. 
Orang cakap la. Aku tak cakap. 
hew hew. (:


Then masuk darjah 6, aku realize yang aku ni takde rupe paras yang menarik dan aku juga tak mempunyai suara yang merdu. *siap bold lagi. haha.

So, CANCEL nak jadi PENYANYI. Kah kah kah.
Aku kekal untuk jadi cikgu and doktor.
TAPI, mase sekolah menengah, banyak pulak kene cakap sorang sorang depan kelas.
Aku ni memang tak boleh nak cakap kat depan.
Takut. Hehe.



Aku takut sebab semua mata mata pandang tepat ke dalam anak mata aku.
Fuhh. Takut oooh.
So, bile aku kene cakap kat depan, aku akan tengok siling, kipas, lampu.
And aku akan sentiase tengok cikgu. Haha.


So aku cancel jadi CIKGU . Sebab cikgu akan sentiase kene cakap kat depan. 
*dah memang keje die macam tu. haha. ngok.

Aku stick dengan cite cite untuk menjadi seorang DOKTOR.

Harapan menjadi doktor makin cerah mase sekolah menengah.
Subjek sains aku asyik dapat A jek.
Bosan lame lame. Haha. ( poyo gilak!! )

And then, TIBA TIBA mase form 4 form 5 ade subjek sains yang agak mencabar bagi aku.
Fizik, Kimia,Bio. Tiga tiga subjek tu aku hanye dapat kredit je mase SPM.
Sedih.
Frust.
Kecewa.
Terus hilang semangat nak jadi Doktor.


Lebih kurang macam ni la muke aku mase tengok result SPM tu. 
Sob..sob. :'(



Dah. malas dah aku nak pikir pasal cite cite mase tu.
Tiba tiba. ( tiba tiba lagi? Ishhh. )
Memang tak ku sangka tak ku duga. *eh, macam lirik lagu jek. Hihi.
Aku dapat sambung belajar Diploma.
Kos Account.
Aku ni dah la tak tau pape pasal akaun akaun ni.( Student sains la katekan.)
So, aku terima jugak.
Syukur. Alhamdhulillah.
Aku boleh bawak subjek ni dengan JAYA nye. Ceit. *bangge nampak. Huhu. -,-‘’

Dan sekarang aku sambung Degree in Accountancy kat UiTM.

So, aku dah nampak dah.
Ape aku akan jadi in the next 10 years.
Successful Accountant maybe. :))
Hehe. InsyaAllah.

So, moral of the story.
Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala galanye.

Good luck dalam melakar perjalanan hidup korang okayy.

Bye. (:


Cerita mesti tonton sebelum MATI.

Yes.
Member aku cakap macam tu kat aku mase die bagi satu cerita bersiri kat aku.
Cerita ape?
Prison Break.



Memang cerita ni dah lame. Aku ni memang ketinggalan zaman kan.
*Macam la korang penah tengok kan? Haha.

Mase cuti hari tu die bagi kat aku suruh aku tengok.
Dan aku macam takde perasaan bile die cakap pasal cerita tu.
Sambil buat muke macam ni -,-''.

Aku ambik jugak cerita tu.
Ade 4 seasons semuanya.
Satu season ade la dalam 22 episod macamtu.


So, dengan muke yang tak bersemangat macam ni -,-''
Aku tengok jugak cerita tu.
Episod pertama. Okayy la.
Tiba tiba..
Masuk episod kedua jek, aku ni macam da kene RASUK.
Kene rasuk sebab aku tak boleh berhenti tengok citer tu.


Citer ni actually pasal seorang adik yang sanggup nak masuk penjara semata mata nak selamatkan abang die dari kene hukuman mati.
Sedih.
Memang terBAIK citer ni.


Seriously.
Die punye level keBESTan tu memang gile punye best.
Aku rase macam..wow
Gile best.
Haha.
Aku habiskan season pertama tu dalam masa SEHARI jek.
Terer kan aku? Hehe. :))


Dan mase tu aku sepatutnye kene buat quiz Bahase Arab online.
Aku tak ingat langsung pasal Quiz tu.
Dan aku tak ambik gara gara Prison Break ni.
Haha. *Padan dengan muke aku.

Dan hari ni aku dah habis tengok cerita tu.
Memang BEST nak mati.
Serious.
Haha.

Dan aku harap aku lupe segala gala nye pasal cerita tu sebab aku nak tengok citer tu lagi, lagi dan lagi.
Haha.

Bye. :))


Bercakap mengenai Vlogger ter-Awesome


Yes, vlogger. Bukan blogger.
Vlogger ni same je macam blogger, cume diorang ni gune video untuk ekspressi kan diri mereka. Hehe. Lebih kurang macamtu lah.

Aku memang suke gile tengok vlog diorang sebab bile aku rase down, sedih, stress dan perasaan yang tak begitu menyeronokkan, aku akan layan vlog diorang.
Dan aku akan rase bersemangat. Ceit. Haha (:

Okayy, aku nak list kan 7 malay vlogger yang aku rase Best gile. Haha.
-Kenape 7?
Sebab tak 8. Haha. *Gile.

Okayy, here the list.


Tujuh. KyoPropaganda.
Diorang ni memang gile creative. Aku setat suke dengan vlog diorang mase diorang buat parody KL Gangster. Diorang buat KL Hamster. Haha.
Geng ni di ketuai oleh ketua yang gile gile. Nabil Ifwat.
Dan mereka mereka ni memang power meng-edit video.




Enam. Faradyable.
Okayy. Mamat ni memang gile cool. Die buat video alih suara.
Memang nak pecah perut tengok video video die.
Kelakar nak mampos!
Seriously. Haha.




Lima. AmanWan.
Mamat ni aku setat jumpe die mase aku search search video dekat YouTube.
And, mase tu memang banyak gile aku tengok video video Parody KL Gangster.
Then, si AmanWan nip on ade buat jugak. Die buat video iKLan Gangster.
Agak menarik. Memang setail (style) lah. Haha.





Empat. Aiman Azlan.
Die ni student. Belajar luar Negara. Dekat Toronto, Canada kalau tak silap.
Vlog die ni semua pasal Islamic Islamic sikit.
Lebih kurang macam berdakwah la.
I like. Bagus bagus. Good job Aiman ! (:





Tiga. Anwar Hadi.
Memang agak femes dekat You Tube. Ade lebih kurang 35 ribu subscribers. I mean like wow.
Memang vlog die stylo. Die gune Bahasa Inggeris buat vlog.
Memang fluent gile la die berkata kata. Haha.



Dua. Maria Elena.
Satu satunye vlogger wanita. Fuhh. Salute. (:
Trademark die dekat YouTube.
 “ Assalamualaikum. Tak jawab dose, Kalau jawab Sayang. Hihi”
Memang minah ni sangat gile gile.
Memang boleh buat aku gelak sorang sorang. Haha.
Die ni memang Superb la. Cer la try tengok vlog die. Hehe.




Dan nombor satu.
Tak lain tak bukan. Lebih 70 ribu subscribers di YouTube.
Sape lagi kan kalau bukan Mat lutfi. Haha.
Huh? Tak kenal Mat Lutfi?
Memang noob la. Haha. *Sory sory. Heee.
Seriously, die ni memang talented.
Vlog die more to kepada nasihat nasihat untuk anak anak muda zaman sekarang ni.
Pastu memang lawak gile baaaa. (*Korang sambung la sendiri. Haha.)




Okayy, korang pergi la bukak YouTube.
Bukak sekarang.
Pastu search name name di atas. Tengok la vlog diorang.
Gile best!
Seriously.
Haha.
Bye! (:

MAAF.

Eh, mintak maaf semua yang berkenaan. Di sebab kan kondisi keypad aku yang agak
tidak memberangsangkan, jadi aku tak dapat nak ber balas komen, ber chatting, bertanya khabar dan sebagai nya.
Seriously, bukan aku sengaja.
Ak nak buat entry ni agak payah sebab nak kene gunting dan tampal ( cut & paste)
semua huruf huruf yang tak boleh gune. -,-''
Sedih. T_T
InsyaAllah kalau keypad aku da sihat, aku akn apdett belog lagi.
Memang aku nak apdett belog, mencurah curah idea nak tulis ni. Cume keadaan je tak mengizin kan. -,-''
Doa kan je la, laptop aku ni kembali sihat. Okayy. :))

Syiling bodoh


Maaf sebab tajuk enrty agak buas. haha

Yes. Sebab syiling baru yang design nya sangat sangat tak praktikal. Dari segi rupa paras memang agak menarik. Boleh di puji. Tapi kegunaan nye terbatas.
Aku rasa syiling baru ni memang menyusahkan banyak pihak.

First, cuba korang imagine, bila nak bayar tambang bas. Korang seluk poket seluar. Ambik syiling lalu terus masukkan dalam tabung bas tu. Kemudian baru korang sedar yang sepatunya korang nak masukkan syiling 20 sen, tapi TERmasuk syiling 50sen baru yang saiz nya sama seperti syiling 20sen lame.
Yes. Memang same, aku tak ahu ape rasional nye die tukar saiz syiling tu.

-Alah, 30sen short pon nak berkira ker?

Tak lah. Cube bayangkan beribu ribu orang salah masukkan syiling tersebut? Kan jumlah nye dah besar tu. Hahah.




Okayy, next. Syiling baru jgak mengganggu bisness orang yang gune vending machine.
Vending machine?
Alah, mesin yang ade jual air tu. Mesin gedegang orang panggil.

Cube korang bayang kan kalau korang rase haus gile. Dah 2 3 hari tak minum. Yang ade cume vending machine dan beberapa syiling dalam poket.
Lalu, korang keluarkan syiling  untuk beli air gune vending machine tu.
Tiba tiba, mesen tu tak terima syiling korang sebab korang gune syiling BARU.
Ape korang rase?
Rase macam nak pecah pecah kan mesen tu ye tak?

So, secara automatic nye, pemilik vending machine tu akan rugi. Rugi.
-Berape sen sangat la orang tu rugi.
Cube korang buat calculation sikit, Kalau berjuta juta rakyat Malaysia tak beli air tu hanya sebab syiling BARU tu, Berape banyak kerugian pemilik vending machine tu? Hahah.



Okayy. Ni last situation. Cube korang imagine sekejap. Bila mana korang berada dalam situasi kecemacan. Kemalangan, rumah terbakar, etc. Handphone takde kredit. Orang orang di sekeliling tiada.
Yang ade hanya syiling BARU dan public phone.
Dan bila korang nak mendail jek, public phone tu tak terima duitt syiling tersebut. Hanya kerana ia nya syiling BARU. Kan menyusah kan orang  tu. -,-‘’



Actually banyak lagi masalah berkenaan syiling baru tu. Macam mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), meter letak kereta serta mesin layan diri, etc.
So, konklusi nya. Fikir dulu sebelum buat. Okayy.

p/s : Aku rase aku ni dah terlebih lebih ber imaginasi. haha.

Surat untuk Abah


Abah.
Aku panggil die bapak. Kadang kadang abah.
Die la satu satunye abah yang aku ada.

1995
Aku masih ingat lagi. Kenangan waktu kecil. Menghabiskan waktu waktu kecil ku dengan abah.
Lepas abah balik keje, abah selalu bawak aku pergi jalan.
Abah bawak aku naik motor.
Aku duduk dalam bakul depan.
Comel.
Abah selalu bawak aku minum teh tarik petang petang.
Memori saat itu masih segar dalam ingatan.
Teh tarik yang panas tu, Abah tuang dalam piring.
Aku minum gune piring.
J
Abah jenis yang tak panas baran.
Selama aku hidup dengan Abah, boleh di kira dengan jari berapa kali tangan abah sampai ke muka.
Mungkin sekali. Aku tak pasti.

1997
Abah hantar aku masuk sekolah rendah.
Aku cium tangan abah setiap kali aku pergi sekolah.
Ku kucup tangan tua nya itu di bibir ku.
Sejuk hati bila dapat cium tangan Abah.
Kalau tak kerana die, mungkin aku takkan berada di mana aku berada sekarang ni.
Terima kasih abah. :’(

2002
Aku dapat lihat senyuman di bibir abah mase aku tunjuk keputusan UPSR aku.
Aku tak dapat hadiah macam orang lain masa tu.
Cukup lah dapat buat Abah senang.
Bile masuk sekolah menengah, Aku selalu ponteng sekolah.
Abah tak pernah marah aku sebab tak pergi sekolah.
Mungkin die nak aku fikir sendiri.
Fikir supaya aku jadi ‘orang’ bile aku besar nanti.

2008
Lepas habis SPM. Aku kerja.
Pertama kalinya aku ringan kan beban Abah.
Selama ni die yang bersusah payah kerja untuk besarkan seorang anak seperti aku.
Aku nak balas jasa Abah.
Tak terkira banyak nye pengorbanan abah terhadap aku.
Tak ternilai pengorbanan itu dengan wang ringgit.
Dan takkan terbalas pengorbanan Abah itu. -,-‘’

2012
Esok hari bapa.
Aku doakan semoga die baikbaik saja. Panjang umur. Sebab aku nak hidup dengan die. Selamanya. :’(
Aku banyak buat salah dengan Abah.
Abah memang penyabar orang nye.
Maafkan orang bah.
Abah lah bapa yang paling baik dalam dunia ni.
Orang sayang Abah. Sayang sangat.
Walau pun orang dah jarang bersama abah. Percayalah.
Tak sedikit pon rasa sayang terhadap abah hilang.

Selamat Hari Bapa Abah.
Orang akan buat Abah bangga satu hari nanti. Percayalah.

Talking about some Awesome actresses

Tidak dapat di nafikan lagi bahawa di Malaysia ni ade a lots of gorgeous celebrity.
So, here. I list down 5 of them yang aku rase, diorang ni sangat sangat Cun. Best of the best.
Haha.
Entry ni bukan nak cakap yang aku ni Gatal or Perv. Tak.
Just want to share how prihatinnya aku terhadap pelakon pelakon wanita di Malaysia ni. Ceit. Haha. 
Okayy, here the list.

Number five. Fasha Tersandar. Eh? Jahat nye aku main main name orang. Sorry Fasha Sandha. :)
Walaupun die ni macam artis yang banyak kontroversi. Attitude buruk. Clubbing and whatsoever.
Tapi ade  bende yang aku sangat respect kat die. Attitude die bekerja. Sangat punctual. 
Die sangat menepati masa tau.
Saluuute. :)


Canik die ni. :) *Pheeewit.



Fourth. Maya Karin.
Yes. She's Awesome. Sangat manis orang nya. Sangat suke dengan lakonan die. Sangat real. Terbaik. :)



Cantik kan die? Seri Innershine la tu. Hihi. :)



Third. Lisa suri rumah Yusry. Eh salah. Lisa Surihani. Hehe.
Not much to say. She's Pretty. Baik. And sangat tinggi nilai attitude die. Good job Lisa. :))



Saya memang pelat *arggg R. - Lisa Surihani. :D



Second is NurAmina. Huh? NurAmina? Tiz Zaqyah la. Hihi.
Cerita Nur Kasih memang memberi impak yang sangat maksima dalam diri aku. Sangat menarik lakonan Tiz sehingga aku benar benar percaya yang die sangat muslimah. Tapi sayang... One day maybe. :)




Semoga die jadi Pelakon wanita terbaik one day. Good Luck Tiz. 
*Macam la die baca entry aku ni. haha.


And the FIRST one goes to.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nur Fazura.
Hehe. Mesti korang tak expect yang aku akan pilih die kan? Haha.
Yes. Memang die sangat cantik. Awesome. Good attitude.
Aku sangat terGila gila kan die dari dulu lagi.
Start aku jatuh hati dengan die time cerita Gol & Gincu? Tengok?
Ape pon, die memang Cun. Hihi. <3



Gila lawa awek ni. Haha. :)) 

p/s :  Aku cakap pasal diorang ni semua macam aku kenal sangat eh dengan diorang ni? Haha. -,-''


Okayy, that's it.
I love them all.
And I love my Family most. Parents especially.

And you my Friends. I love you. :)

Have a nice day peeps. -,-''


Demm you TEST. -,-''

Baru abis test Taxation tadi. Serious shit macam haram aku jawab. Haha.
Actually, aku ade buat plan B untuk test tadi, dengan harapan boleh lulus la.
Haha. Saje je nak buat back up.
Tapi, alangkah Frust nya aku bile lecturer tu boleh stay dari awal sampai habis test kat belakang aku.
Oh. Mampus aku macam ni. Habis plan B aku. Lingkup.
Tak dapat bukak 'toyol'. (p/s : please don't ever try this during exam okayy. haha.. tak elok)
Sebenarnya, aku tak study ape pon untuk test tadi. Bukan tak nak study, Tapi kemalasan mula membuak buak. Setan la ni hasut!! Dushhhh.
Demm!
Argghh. Nak tertekan, tension, stress pon tak gune. Bende dah lepas.
-,-'' Redha jela.

Aku belajar 2 bende hari ni.
Pertama, Jangan berharap sangat dengan Plan B bagai tu. nanti makan diri.
Yes. Memang aku dah terkene. Padan muke aku.
Second, study. Jangan tipu. Tak berkat markah kalau tiru in exam. Haha.
Memang kot. Test 1 hari tu aku ade tiru jugak. Tapi Failed. haha. padan muka aku lagi skali.

So, moral nya belajar la. Kalau dah name student tu, belajar la. Tanak belajar benti terus, keje. Haha.
Tapi dah keje nanti, sibuk pulak nak belajar. Haha. Manusia. -,-''

Good Luck. :)

*Faking Keyboard

Aku tak boleh nak update belog lately sebab keyboard aku yang gile. biol. sekejap okayy sekejap die macam tuuuuuuuut. (censored.)
Geram gile aku. Macam nak cabut cabut je keyboard ni satu satu. Demmm. -,-''
argggggghhhhhhhhhhhhhh.

*lebih kurang macamni la rupa la ni. Grrrrrrtttttttttttt.



Arggggggghhhhhhhhhhh. *The incredible Lee.

Anak Tak Guna !

Monday. 12 June 2012. 08 : 33 a.m.
Bangun je tidur, mandi. Aku bermonolog sendiri.
Tiba tiba aku rasa macam aku ni dah ketinggalan zaman pulak.
Mane tak nye. Orang lain da berkurun ade belog ni.
Aku sekarang baru nak ade belog?
Oh! man.
Rase macam segan kat semua orang pon ade jugak.
Dah la poyo, pastu nak sibuk sibuk publish kat Facebook. Dengan harapan orang lain akan bace.
Oh. Tidak. Orang lain nak sangat ke bace belog aku ni?
Muke da la tak hensem, pipi nak tersorong sorong.

'Kenapa aku tiba tiba cakap macam ni pulak?' Haishhh. -,-''

Monday. 12 June 2012. 01 : 05 p.m.
Ish. betul betul negatif la aku ni.
Dulu aku selalu cakap kat orang lain. Jangan selalu sangat fikir negatif.
Nanti self confident jatuh !
Sekarang aku yang negatif.
Come on lah. Don't ever give up !
Biarlah orang lain tanak bace pon belog aku ni.
Bukannye belog diorang pon. (Tapi kalau orang lain bace lagi Best la. hihi. :))
Kan?

Ah. Lantak la. Yang penting aku suke ape yang aku buat.
Setiap ape yang aku mulakan, aku kene akhiri nya dengan baik. Ye tak?
Haha.

Actually. Tadi aku amik angin kejap kat luar rumah. Tiba tiba aku terfikir pasal mak abah.
Ape lah yang diorang buat sekarang ni ek?
Sihat ke diorang?
-' Kenape tak call jek diorang? '
You know me.
Aku ni da berapa hari tak top up.
-Seriously?
Sape la yang nak mesej, call aku kan?
Dah lame jugak la Handphone aku tu tak berbunyi. Sunyi jek.
Sekali sekala tu ade la jugak berdering, tapi mesej dari Syarikaat yang sangat setia, tak pernah putus putus hantar mesej kat aku.
Syarikat ape? CELCOM !
Hari hari ade je bende ntah pape yang die hantar. Haissshh.
Forever Alone. -,-''

Eh, tadi citer pasal mak abah kan? Aku ni memang kuat berangan eh? Haha.
Ha. Mak abah. Mak abah aku tak same dengan parents korang korang semua.
Lain sangat.
- Kenape lain?
Lain kali la aku cerita kat korang okayy. Haha.

Ape pon. Aku rindu sangat dengan diorang. (Baru seminggu tak balik da rase macam bertahun. Haha)
kan aku da cakap dalam hati ade taman.
Ape la agak agak nye bile orang tu setahun lebih tak jumpe parents diorang.
Fuhhhh. Sedih. :'(
Yang aku ni pon satu. Bukannya nak top up! Kedekut.
Haha. Bukan kedekut.
Dah lumrah orang akaun macam ni.
- Yeke?
Haha. Maybe aku sorang je kot. Hahaha.

So, do love your parents. Call 'em everyday. Say you love 'em everyday. And make them proud of you one day. Okayy. See ya ! :))

p/s : Kalau lah mak abah aku boleh bace belog aku ni. Aku nak cakap yang aku saaaaaaaayyyyaannng sangat dekat diorang. Sob3. :'(

Eh jap. Macam lari dari tajuk je aku ni? Haissshhh. -,-''





Lagu melayu? Oh please.

Semakin banyak program realiti TV di Malaysia masa kini.
Program untuk mencari bakat bakat baru anak muda.
Ramai jugak rakyat Malaysia ni yang ade bakat. ( macam aku. haha.)
Semakin ramai anak muda sekarang yang hanya ingin mengejar poplariti daripada ingin meningkatkan jati diri. Huh? o.O
(Kenapa aku cakap macam yeye je ni? haha)
Sedar tak sedar semakin ramai Artis Malaysia di lahir kan. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Berlambak lambak. Bersepah sini sana. Dan mereka actually bukannye berkualiti sangat pon. Just hanye boleh nyanyi 2 3 lagu, terus menang program realiti tu. Femes. Pastu album tak laku. then terus benti jadi artis. Come on lah.
Macam Mentor TV3 tadi. Anas yang bagus bagus tu kalah? I mean like OMFG.
Aku memang expect gile yang die menang Mentor ni.
At last, entah sape sape je menang. Ish.-,-''
Tapi nak buat macam mane kan. Menang menang, kalah kalah. Lantak la. Fikir banyak pon tak guna. Duhh.(marah sebab Anas kalah tadi.-,-'') Haha.

Tapi. Actually bukan itu yang aku nak sampaikan untuk entry kali ini.
Aku nak share opinion about some of Malay songs yang like pfttt. pfttt. -,-''

And then bila bukak je radio melayu, macam macam lagu yang agak tak masuk akal lirik die.
I mean like WTFish? Lagu ape ni?
Bile dengar je some of lagu melayu tu, I like huh? o.O

Betul jugak cakap Mat Lutfi ni. Korang layan la video die kejap. Seriously.
Best giler. Betul.


Bile aku rase bosan, sedih, kecewa, down gile.
aku akan layan vlog budak sepet ni. Mat Lutfi. haha.

Best Friend !

Kawan sejati. BFF. Brotherhood. Sistahood. True friend.
Macam macam kata untuk describekan kawan sejati ni.
Semua orang sekarang ni ade kawan masing masing.
Yes. memang senang untuk cari kawan, tapi sangat susah untuk cari seorang kawan sejati !

Dengan zaman yang semakin maju. Moden.
Semua manusia sekarang ni bergantung kepada alat alat elektronik semata.
Handphones. iPhones. iPad. Laptop. BB. dan macam macam lagi yang secara tidak sedar nye dapat merenggangkan hubungan antara kita dan kawan kawan.

Pernah tak kalau korang keluar makan dengan kawan kawan. Dan semua kawan kawan sangat busy dengan handphones mereka?
Kita yang takde sape nak di mesej, tak boleh nak update status FB Twitter gune phone. BBM. (sebab gune handphone 3310 jek.) akan rase sangat dipinggirkan. Haha. Kan?

So, kepada anda anda yang selalu buat tu, utama kan lah kawan kawan yang ada dihadapan.
Sebab, mana lah tau dalam diam diam die tu terasa. Nanti ade yang kecik hati pulak. ( Especially perempuan la. hihi. )

Sampai sekarang aku tak jumpa lagi seorang kawan yang boleh di describekan sebagai Kawan Sejati ni.
Tapi, kawan kawan memang sangat ramai. Wootwoot.

Okayy la. Sebenarnya aku macam takde ayat nak cakap. Takde banyak sangat idea yang nak di keluarkan. Sebab baru bangun tidur. So, agak mamai sikit la. Haha.
Aku buat entry ni sebab semalam aku ade tengok satu short story kat You Tube.
Aku sebenarnye nak search short story pasal Pengorbanan Seorang Adik. Sebab aku tengok sikit je kat wall FB Oh! Media semalam.
Pastu dah tak jumpa.
Tu yang aku dok cari kat You Tube tu.
At last, jumpe short story lain.

Okayy la jugak. Agak sedih. Sampai aku hampir mengalirkan air mata la jugak. ( Tapi tak keluar pon. Haha)
Cume mate aku berlinangan je la. Hihi. (Dalam hati ade taman siot. Kahkahkah)

Cakap banyak pon tak gune. Korang hayati la ye short story ni. Tak lame pon. 7 minit jek.

p/s : Pastikan ada tisu tau. Takot membe sebelah perasan pulak korang nangis nanti. Haha.



Sayangi lah kawan anda sebelum terLAMBAT ! :'(






Ceramah Motivasi yang GILA.

Bile cakap je pasal ceramah motivasi. Almost every student akan bagi macam macam alasan untuk taknak datang ! Memang betul.
' Ala, semua program motivasi tu same jek '.
' Dulu dah penah pegi la, tak jadi ape pon. (sambil buat mke kerek die -,-'' ) '
' Ah, malas la nak pegi. Da la program sampai petang. Tepuu siak duduk dalam tu '.
Dan macam macam lagi alasan yang kita, manusia biasa ni bagi.

Dah name pun manusia. Macam macam perasaan ade. Sedih, happy, suka, benci. (macam macam lagi la.)
Dan manusia ni, tak akan suke sesuatu bende tu kalau mind set die dah cakap tak suke dengan bende itu.

Okayy, aku bagi contoh. Ikan keli goreng bercili.( Fuhh. Terbayang bayang kejap )
Dulu, aku memang geli gila nak makan ikan keli ni.
Serious!
Sebab kecik kecik dulu aku suke mancing, dan bile dapat ikan keli ni,
aku suruh membe aku bukak kan mata kail dari mulut ikan keli tu.
Sebab. sebab ikan keli ni, kulit die berlendir.
Eeeee. Betul. Memang belendir.
Pegang pon aku geli, ape lagi nak makan kan.
Memang tak la anak tekak aku ni nak makan ikan tu kan.

Nak di jadikan cerita. Satu hari tu. Mak aku masak ikan keli. (Bukan ikan keli yang aku pancing tadi. Beli kat pasar agaknye. Haha)
Die masak ikan keli masak lomak cili api. Perggghhh. Betul betul mencabar keimanan aku untuk makan.
Aku tak makan. Jual mahal. Padahal perut lapar gile.
Sampai la petang tu, aku dah tak boleh tahan. Lapar sangat. And takde bende lain yang boleh di makan. Aku makan la jugak.Tapi aku amik sikit je ikan tu.
Bile sampai je kat tekak. Aku dapat rasakan sesuatu kenikmatan.
Pergghh! Unbelievable! Sedap gilakk.
Dan aku makan dengan lahab nya hari itu. Haha.

So, moral of the story, korang kene ubah mind set korang untuk suka sesuatu bende tu.
Don't judge the book by its cover.
Bukan buku je jangan judge. Semua bende. Kenal dulu sesuatu perkara tu, baru nilai. Okayy.

Jangan kite cepat judge orang tu, hanya dengan tengok muke die yang poyo poyo sikit je, kite terus cop die poyo.
Tengok je muke budak tu macam sombong, terus cakap die sombong !
Jangan.
Kita tak tahu lagi die macam mane. Entah ntah die la kawan yang paling happening skali dalam dunia ni. Siapa tahu? Kan?
Maybe dah muke die macam tu dari kecik. Haha.

Dah macam penceramah pulak aku cakap. (Poyo gile. Huhu.)
Tak. Aku cakap ni, untuk korang semua dan untuk diri aku jugak yang banyak kekurangan yang perlu di perbaiki ni. Ceit !
Okayy, bukan pasal tu yang aku nak cakap kat entry ni. Tu muqaddimah je. Haha. ( Gelak guling guling )

Okay, tadi ade ceramah motivasi. Aku pegi. Awal aku bangun. Semangat. Semangat nak dengar motivasi ni. Haha.
Dan bile aku sampai jek. Suram. Sikit je yang datang.
Tapi bile penceramah tu start becakap jek, Satu dewan kecoh. Gila. Gila kecoh jadi nya di sebabkan oleh keseronokkan yang terlampau. Haha.
Memang Best giler. Seriously!
Banyak jugak Input, Ilmu, Teknik belajar yang aku dapat tadi.

TAPI kan. Aku ni ade satu tabiat yang agak tak baik bile citer bab bab motivasi, ceramah ni semua.
Tabiat ape?
Aku ni akan insaf untuk sehari dua jek. Pastu, aku akan kembali kepada rutin harian aku yang malas dan sangat tidak produktif tu. Aku pon tak tau kenapa. -,-''
Maybe aku ni kene dengar ceramah hari hari kot. Haha.

Okayy. InsyaAllah aku akan share sedikit Ilmu, ape yang aku dapat dari ceramah motivasi tu kat entry akan datang. Okayy semua. Selamat  maju jaya !

Okayy last. Ni last. Sedikit quote dari penceramah yang aku agak tertarik mendengarnya.
Dia cakap,

' Untuk buat orang lain suka kat kita. Kita kene suka diri kita dulu! ' :)


p/s : Ni last. Betul betul last. Kenal sape penceramah tu? En. Osman Affan. ( Die ade tahi lalat atas bibir die. Hihi. )
Ni link Facebook dia.
http://www.facebook.com/osmanaffansmartstudy
Bye. ;)







K Pop.

Bile cakap pasal KPop ni, ramai yang Meluat. Menyampah.
Tapi ramai jugak yang tergile gile kan KPop ni.
Lagi lagi si Gadis. Haha.
Sibuk sangat nak ade Suami orang Korea.
Bile di tanye kenape?
Mereka cakap. Lelaki korea hensem, cute, muke bersih, putih, rambut style2. Dan macam macam jawapan la aku dengar dari kawan kawan Perempuan yang tergila gila kan KPop ni.
Pelik pelik je korang ni? -,-'' haissshh.
Ape yang hensem sangat ntah lelaki korea tu nak di bandingkan dengan aku. Haha. *JK
Seriously, setakat muke cute, nanti dah tua berkedut jugak. Ye tak?

Bile di tanye aku minat KPop ke tak?
Tipu la kalau aku cakap aku tak minat. Aku takde la Fanatik sangat.
Aku suke sebab diorang punye VC ( videoclip)sangat berkualiti.
And because of I'm too obsess ( betul tak aku eja obsess ni? Lantak la. ) with Dancing,
I just fall in love to some KPop band.
The way that they Dance is make me feel like I'm dancing together with them in their VC.
Cakap omputeh pulak aku? ( Grammar da la berterabor. Haha. Oh my English ! )
Seriously.

I'm interested in KPop bukan bermakne aku ni minat sangat, fanatik dengan KPop ni!
Tidak sama sekali.
I love all kind of Music.
I am Music lover !
Ape ape lagu yang boleh di terima oleh halwa telinga aku ni, aku akan dengar.
Haha.
Okayy la.
Ni salah satu VC dan lagu yang aku jatuh hati dengan tarian mereka.(Tarian? Macam pelik je bunyi nye? Dance dalam kate omputeh nye ) -,-''


Super Junior - Mr. Simple.

Last Minutes Punye Pasal !

Actually aku ade test AIS tadi ( accounting information system).
Dan aku tak stady ape ape langsung semalam. Aku tido.
Serius.
Aku tido dari pukul 9 sampai 9 pagi. Haha. Seronok aku tido semalam.
Dan keesokan hari nya aku bangun. Tadaa. Test da la petang. Satu bende pon tak study lagi.
I mean like OMFG !
Ape aku nak buat ni?
Ketakutan mula menghantui diri.
Kegagalan mula bermain main di fikiran.
Dan 'toyol' rancak memanggil manggil. OH, sirius aku tanak buat toyol lagi. Dulu test 1 ade budak kantoi bawak toyol, and kene buat test again ? Oh. tanak tanak. Insaf sekejap.
Haha.
Dan aku bertungkus lumus jugak study. Walaupon dalam keadaan kelam kabut. Haru biru. Hingar bingar. Terkontang kanting aku study tadi.
Dan mase test tadi, Syukur Alhamdhulillah aku dapat jugak buat. Walaupon tak berapa baik. Haha.
Cukup cukup makan tu boleh la.
Ape pon, memang agak tertekan dengan test tadi.
Sirius, lepas ni aku tanak study last minute lagi. Insaf duhh. Haha.

So, moral of the story, Study awal. Jangan rase diri tu da Pandai. Hihi. Jangan buat toyol. Tak baik tau, tuhan marah. (Membe aku cakap la.) Hihi. Okayy. Selamat hujung minggu semua. ;))

New Look. Yay !

Semalam tepat jam 3 : 05 pagi, aku bersengkang mate, belajar. Belajar apa? Belajar meng-edit belog.
Cantik kan? Kankan. Haha. Jangan jeles you olz. ( eee, gedik nye ! ) haha.
Penat aku cari Wallpaper yang awesome pasal gitar semalam.
Aku godegode ( bukan goda okayy, it's pronounce as goday. haha ) semua bende kat belog ni.
Da pandai sikit la pasal belog belog ni. Wootwoot.
Nanti boleh lah femes macam Hanis Zalikha tu. Ceit! Naisss. :)


Ni memang cool giler ! Haha. ;)


Masalah. Grrrtttt ! -,-''

Hari yang agak memenatkan. 3 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Segamat memang penat.  Sangat penat. Aku ni jenis yang tak boleh tido dalam bas. Lagi jauh bas tu jalan, lagi tak boleh tido. Sebab mata aku tak boleh lari dari tengok pemandangan luar. Hijau. Memang tenang jek tengok.
Btw, bukan pasal perjalanan bas tu yang aku nak cerita. Tapi pasal aku sangat tak rela hati nak balik Segamat yang sangat segar ni. Duhhh.
Mata ngantuk. Assignment banyak. Test, quiz bertambah tambah. Arggghh. Tension gile aku. Erggghh !
Tapi, setiap soalan ada jawapannya. Begitu juga dengan masalah. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. (Macam pelik jek aku eja penyelesaiannya ni. Bantai je la.)
So, nak tak nak, kita kene hadapi nya dengan penuh keSABARan. ;))
Semakin jauh kita lari dari masalah, semakin besar masalah itu mengejar kita. So, hadapi lah ia.



Bersabarlah dalam mengahadapi segala masalah. Aku ingat lagi kata kata Ustaz aku masa aku Form 4 dulu. Dia cakap, 'Penat tu hanya sementara, Tapi kejayaan selama lama nya'.
(Eh, macam takde kene mengene jek.Haha.)
Selamat malam. ;)

Oh Assignment.

Assignment is killing me. Memang aku benci gile buat assignment ni. Tapi sebagai seorang student, memang tak dapat lari dari assignment ni. Erggghh!
Last week lecturer aku ade bagi assignment. Then ingat cuti seminggu ni nak buat la. Tibe tiba, aku hilang ingatan kejap pasal study. langsung aku tak ingat pasal assignment tu. haha.
Hari berganti hari, and today is Sunday. Yeah. aku tak siap ape ape lagi. Langsung tak sentuh. Soalan pon aku tinggal kat tumah sewe. And baru aku sedar erti penyesalan. Keserenokan bercuti itu hanya sementara saja. Arghh. Aku semakin tertekan. Macam macam perasaan datang. Takut, haru biru, tertekan, sedih, semua mengahantui diri.
Memang aku tak boleh lari. Nak tak nak aku kene siap kan jugak. Dah la due date hari selasa ni. Ergghh.
Kalau lah aku boleh pusing balik masa, aku nak gune kan mase cuti seminggu tu untuk perkara yang berfaedah! Tapi nasi dah menjadi bubur. Menangis air mata darah sekali pon, perkara itu tak mungkin akan terjadi.
Aku kuatkan semangat, aku kuat kan diri. Buang semua sifat malas yang bermaharajalela dalam diri. Aku bersengkang mata untuk siapkan jugak assignment itu.
Semangat itu hanya sementara. Telefon bimbit berdering menandakan ada mesej diterima. Mesej dari seorang kawan baik. Aku baca. " Eh, jom lepak malam ni. Kita jamming pastu shisha dekat mamak tempat biasa".
Aku balas dengan tidak rela hati.
"Aku ade assignment nak buat la. Malam ni aku dah nak balik Segamat".
Die reply. "Rilek la. Kau balik la Segamat esok. Kelas esok takyah pegi la. Come on."
"Okayy". Cepat betul aku berubah fikiran. Haishhh. Ponteng lagi sekali kelas hari isnin la jawab nye. -,-''

Moral of the story : Siapkan semua kerja awal. Jangan suka bertangguh macam aku. Selamat malam. :)

Gitar

Gitar ni kekasih kedua aku tau. ( Tiba tiba) -,-'' Bila aku bosan aku akan cari die.
Sudah setahun aku belajar memanjakan jari jemari aku ni untuk seiring dan sejalan dengan semua Chord yang ada. Masih ameteur lagi. Masih banyak yang perlu dipelajari. Dan aku akan terus belajar untuk menjadi seorang yang Pro.
Aku mula mengenali instrument yang bernama Gitar ini bila mana semua kawan kawan aku sering bermain main dengan instrument itu. ( perggghh, ayat. kemain. haha)
Sedap halwa telinga ini bila mendengar alunan lagu yang disusun cantik dengan jari jemari mereka. 
Aku mula merasakan jatuh hati dengan instrument itu, dan aku rasa, ramai wanita wanita di luar sane yang akan cair (seperti coklat Cadbury kene panas) bila alunan lagu daripada gitar mula di alun. Fuhh.
Then, aku mengerah keringat untuk belajar instrument itu. Sorang member aku yang ajar. Ainol name die. Lame kelamaan gitar ini semakin sebati dengan hati. Semakin banyak lagu yang aku belajar. Dan aku pernah memainkan lagu lagu kepada seorang gadis satu ketika dulu. Memang die cair. Keh3. (Mesti die pengsan bile bace ni. haha)
Tu cerita dulu, memang tak nak di kenang kenang kembali. Sedih. 
Sampai ke hari ini, aku masih mencari cari seorang gadis yang sudi mendengar petikan gitar dari seseorang yang bernama lelaki. (Aku lettew) Haha.
Okayy, that's it. Gitar is my second girlfriend. (Gitar tu perempuan ke? Haha. Whatever.) 


Gitar Biru. :)