Oi, kau tak PUASA eh?

Pejam celik pejam celik. Eh, dah puasa ke empat dah.*puasa ke lima la. haha.
Cepat gile mase berlalu. Kan kan? *ke aku sorang je yang rasa? Hewhew.
Actually kan, tadi aku terfikir nak buat entry pasal blog blog followers aku yang template die gile awesome. Berbelit ayat. Awesome bloggers' template sudah. Haha.

Sebab aku tengok quite banyak jugak la template korang yang aku rase sangat menarik tertarik kau memang tembam. Haha. Tapi, bile fikir fikir balik macam tak relevant la pulak buat entry tu di bulan puasa ni. Kan kan.

So, aku nak buat entry pasal bulan puasa la. Baru naiss. hewhew. *naiss sangat. -,-''

Korang mesti banyak pengalaman kan mase kecik kecik dulu time bulan puasa kan. Kan kan?
Aku pon ade jugak. Tapi tak tau la pengalaman aku ni best ke tidak. Haha.

Eksited ni nak cerita. Haha.

Dulu kan mase kecik kecik aku selalu ponteng puasa. Dari kecik bawak ke sekolah menengah. Haha.
Tapi yang tak baik nye aku ni, bile aku ponteng puasa, aku BUAT BUAT macam orang puasa. Haha.
Baik kan aku. Hewhew.

Ade satu hari tu aku haus GILE. Memang dah tak boleh handle gile. And aku terus bukak peti ais, amik air bawak masuk toilet, minum. Ni mase kecik la, darjah 4 5 macam tu, tak ingat. *ade minum dalam toilet. ish2. -,-'' Tak patut tak patut.
Pastu bile orang buka, aku pon turut serta berbuka. Buat muka tak bersalah. Hewhew.
Banyak kali jugak la aku buat kerje tak patut tu. Haha.
Tapi sekarang dah insaf. Taubat2. Hehe.

Mase dalam darjah 6 camtu, ade sorang pakcik ni. Die cakap kat aku kalau aku puasa penuh die nak bagi hadiah. Tak tau la hadiah ape.
Aku punye la berkerah keringat, tahan segala hasutan SETAN, sanggup puasa penuh untuk dapat kan reward dari pakcik tu.
Bile time raye, aku jumpe pakcik tu. Pastu die buat buat lupe. Panas gile aku ngan pakcik tu.
Sakit gile hati aku mase tu. Rase nak bagi flying kick pon ade. Haha. Nasib baik aku ni calm and cool orangnye. Hewhew.
Aku belajar dua perkara masa tu.
Satu, bersabar untuk puasa penuh.
Dua, puasa kerana Allah. Untuk dapat reward dari Allah, bukan nak dapat reward dari manusia yang sering MUNGKIR JANJI. *marah ni!!

Haha.
And then dulu aku suke main police and thief. Tau tak game ni? *apo kaitan nyo police and thief dengan puasa.
Eh eh. sabar la. Nak habaq la ni.
Aku suke main police and thief mase orang dok sibuk solat terawih. Orang sibuk solat, aku and the geng sibuk main police and thief kat belakang surau.
Belakang surau aku ni agak thriller jugak la tempat die. Hutan.
Banyak jugak la kejadian yang berlaku.
Ade yang jumpe ini la, itu la. Tapi aku buat buat rilek jek. Aku kan hero. Haha.
Sebab bulan puasa kan semua bende tu kene ikat. So, aku berani la. Kalau bulan lain tu, mintak maaf la. Haha. Tak berani den. Hewhew.

Eh, aku rase macam dah panjang je entry ni. Korang larat tak nak bace ni. Hewhew.

Ni ade lagi satu. Last.
Dulu mase bile tak ingat. Sekolah rendah kot.
Satu family tak bangun sahur.
Then pagi tu aku bangun dengan selamber badak nye aku bukak peti ais. Minum. Gulp gulp gulp. Buat macam takde ape ape yang berlaku.
Then, mak aku nampak.
" Oi, kau tak puasa eh? "


"Eh, puasa ke mak?"


Gile aku tak ingat. Betul betul tak ingat!

And aku terus sambung minum. *alang alang dah TERminum, minum terus. Hewhew.

So, That's my pengalaman.
Anda macamane?
Ape pengalaman anda?



p/s1 : Selamat berpuasa. Teruskan bersabar untuk berpuasa. Kuatkan iman. Banyak kan ibadah.
Semoga ramadhan ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita InsyaAllah.
p/s2 : Jangan tiru adegan di atas. Bahaya. Hewhew.
p/s3 : Maaf, tiada gambar untuk entry ni. Haha.

Bye. :)









8 comments:

  1. hahahahah . konfirm aku org 1st ni .

    sama ja masa kecik2 dulu , aku pun puasa yang yok tp tak de la sampai sek men . HAHA .
    aku lagi terok minum air paip dalam toilet terus . :D

    ReplyDelete
  2. haha. minum air paip? dasat dasat. hewhew. :)

    ReplyDelete
  3. selera ke minum dalam toilet tu? aisyh. anyhow- sila update sekerap mungkin ye, lama senyap. N thanks buat entri lepas. ^^,

    ReplyDelete
  4. det's nais.. pe yg nais pun aku taktau.huhu bila pose jek, ramai set2 yg boleh jd pelakon. aku je tak. haha.. kalo taknak pose, aku ckp direct. kalo mak bg, boleh aku minum tanpa rasa bersalah.. tp kejadian tu sebelum aku darjah 1 la.. pasal tahun2 seterusnya aku da pose penuh..

    ReplyDelete
  5. hehehe. sama lah weh. aku dulu, sakan puasa sbb sehari dpt RM1. haaa, siapa tak nak wehh. duit raya RM30 dah konfem2 dalam tgn. tu yg, penat lelah, aku gagahkan juga.

    bila dah besar ni pula, nak dpt puasa penuh, punya lahh. susah. lol "=.=

    ReplyDelete
  6. ramadhan waktu kecik dulu memng bez! hehe

    ReplyDelete
  7. Sooooooooo... sweatttttt... [OME] so sweet comel2 je cerita hang, gagaggaga... puasa jangan tak puasa, nanti nak kena ganti ooooo..

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Aku? pengalaman air Milo.

    Nak nyampaikan sejam lagi nak berbuka tu..masyaAllah..brapa puluh kali tah aku bukak tutup peti ais.

    Semata2 nak tgk air Milo yg mak aku buat tu dah sejuk kebelum. keh3.

    Kena marah hari2 dgn mak,"mana la nak cepat sejuk lau kejap2 bukak peti ais". Aku buat dek je.hehe.

    Sampai satu hari..dah tak tertahan dek godaan milo ais yg sungguh enak,sejuk mengalahkan salji..terminum satu dua sudu..boleh lak terminum.hew hew hew.

    Aku taktau mak aku pasan ke tak..scra otomatiknye, posa ku tak dikira hari tu..walaupn lagi 30minit je lgi nak wktu berboka.. heh3 (-_-)

    ReplyDelete