Uji Mata.

Tajuk tak commersial langsung! phuii.

Aku tak tahu kenape semenjak due menjak tige menjak berkecimpung dalam dunie blog ni aku semakin kekurangan idea untuk membuat entry baru. -,-''

Sebab dah takde idea sangat aku buat la entry ni. Aku nak uji ketajaman mate hang semua. Cari kucing dalam gambar gambar di bawah. Maaf kualiti gambar kurang baik. Korang dekatkan muke korang betul betul depan skrin laptop tau! Haha.

Ni bukan prank tekejut tekejut macam si kopi paste tu buat. Haha.

Korang cari la. *maaf kalau ade di antare korang yang dah tau. aku betul betul takde idea oi. -,-''




tekan sini untuk lebih sedap di pandang.





tekan sini untuk lebih sedap di pandang.






tekan sini untuk lebih sedap di pandang.






tekan sini untuk lebih sedap di pandang.




p/s : aku tak reti nak letak jawapan kat sini. nanti aku post kat komen okayy. hewhew.
p/s2 : jangan tension tension kalau tak nampak gambar kuceng tu taw. haha.
p/s3 : korang tolong bagi aku idea sikit nak buat entry ape lepas ni boleh? *boleh eh demand kat orang? macam yeye o je aku kenn. macam la famous sangat cam artis nak demang bagai. hahah.



Haha. Okayy bye. :)

Facebook oh Facebook.

Facebook.
Cakap je pasal facebook. Almost everybody have one!  Kan?
Tak tau la ade di antara korang yang takde Facebook sebab dah deactivate or dah malas nak layan Facebook ni.
Tapi bagi aku facebook memang patut ade.  Sebab Facebook ni quite banyak jugak kelebihannye.
One of them, boleh jumpe balik kawan kita yang dah lame gile lost contact. Agree? Hahaha. :)

Okayy, actually tadi aku ade terbace status sorang budak kat Facebook aku. Die cakap,

"Fakk Facebook's Timeline!" *status ni da di ubahsuai sikit agar nampak manis. haha

Ade jugak yang hantar request untuk delete Timeline kat facebook aku. *siap nak cari geng pulak tu nak terminate timeline ni. haishh~

Tak kurang jugak yang memaki hamun Mark Zukerberg suruh delete Timeline ni! *kau bising2 bukan si Mark Zukerberg tu kesah pon. dussshh! haha.


Okayy, in my opinion, *ceh cakap om puteh. poyo. -,-''
Timeline ni memang Awesome gile. Gile!

Nak tau kenape Awesome? 
Korang tengok la sendiri ke-Awesome-an Facebook Timeline ni. Hewhew. :))



















Awesome tak? *aku ni asyik awesome awesome. lempang kang!
Tapi obviously memang sangat cool la Timeline ni. Kan kan? hehe.
Kadang kadang aku terfikir jugak nak buat macam ni, cume tahap kekretifan aku ni tak setanding mereka. Hewhew.

Okayy. that's all for today. *perkataan yang ditunggu tunggu oleh student dari lecturer dalam kelas. haha
Have a nice Ramadhan. Chill. :)

p/s : entry bukan pasal puasa, sebab dah takde idea nak buat entry ape pasal puasa ni. haha.
p/s2 : maaf sebab isu pasal facebook Timeline ni dah lame, dah berkurun. sekarang baru nak apdett.  *Lantak la. nak apdett jugak. haha.
p/s3 : taktau nak letak ape kat p/s3 ni. haha. *bengong! hewhew.

Love y'all.
Bye. :)






Oi, kau tak PUASA eh?

Pejam celik pejam celik. Eh, dah puasa ke empat dah.*puasa ke lima la. haha.
Cepat gile mase berlalu. Kan kan? *ke aku sorang je yang rasa? Hewhew.
Actually kan, tadi aku terfikir nak buat entry pasal blog blog followers aku yang template die gile awesome. Berbelit ayat. Awesome bloggers' template sudah. Haha.

Sebab aku tengok quite banyak jugak la template korang yang aku rase sangat menarik tertarik kau memang tembam. Haha. Tapi, bile fikir fikir balik macam tak relevant la pulak buat entry tu di bulan puasa ni. Kan kan.

So, aku nak buat entry pasal bulan puasa la. Baru naiss. hewhew. *naiss sangat. -,-''

Korang mesti banyak pengalaman kan mase kecik kecik dulu time bulan puasa kan. Kan kan?
Aku pon ade jugak. Tapi tak tau la pengalaman aku ni best ke tidak. Haha.

Eksited ni nak cerita. Haha.

Dulu kan mase kecik kecik aku selalu ponteng puasa. Dari kecik bawak ke sekolah menengah. Haha.
Tapi yang tak baik nye aku ni, bile aku ponteng puasa, aku BUAT BUAT macam orang puasa. Haha.
Baik kan aku. Hewhew.

Ade satu hari tu aku haus GILE. Memang dah tak boleh handle gile. And aku terus bukak peti ais, amik air bawak masuk toilet, minum. Ni mase kecik la, darjah 4 5 macam tu, tak ingat. *ade minum dalam toilet. ish2. -,-'' Tak patut tak patut.
Pastu bile orang buka, aku pon turut serta berbuka. Buat muka tak bersalah. Hewhew.
Banyak kali jugak la aku buat kerje tak patut tu. Haha.
Tapi sekarang dah insaf. Taubat2. Hehe.

Mase dalam darjah 6 camtu, ade sorang pakcik ni. Die cakap kat aku kalau aku puasa penuh die nak bagi hadiah. Tak tau la hadiah ape.
Aku punye la berkerah keringat, tahan segala hasutan SETAN, sanggup puasa penuh untuk dapat kan reward dari pakcik tu.
Bile time raye, aku jumpe pakcik tu. Pastu die buat buat lupe. Panas gile aku ngan pakcik tu.
Sakit gile hati aku mase tu. Rase nak bagi flying kick pon ade. Haha. Nasib baik aku ni calm and cool orangnye. Hewhew.
Aku belajar dua perkara masa tu.
Satu, bersabar untuk puasa penuh.
Dua, puasa kerana Allah. Untuk dapat reward dari Allah, bukan nak dapat reward dari manusia yang sering MUNGKIR JANJI. *marah ni!!

Haha.
And then dulu aku suke main police and thief. Tau tak game ni? *apo kaitan nyo police and thief dengan puasa.
Eh eh. sabar la. Nak habaq la ni.
Aku suke main police and thief mase orang dok sibuk solat terawih. Orang sibuk solat, aku and the geng sibuk main police and thief kat belakang surau.
Belakang surau aku ni agak thriller jugak la tempat die. Hutan.
Banyak jugak la kejadian yang berlaku.
Ade yang jumpe ini la, itu la. Tapi aku buat buat rilek jek. Aku kan hero. Haha.
Sebab bulan puasa kan semua bende tu kene ikat. So, aku berani la. Kalau bulan lain tu, mintak maaf la. Haha. Tak berani den. Hewhew.

Eh, aku rase macam dah panjang je entry ni. Korang larat tak nak bace ni. Hewhew.

Ni ade lagi satu. Last.
Dulu mase bile tak ingat. Sekolah rendah kot.
Satu family tak bangun sahur.
Then pagi tu aku bangun dengan selamber badak nye aku bukak peti ais. Minum. Gulp gulp gulp. Buat macam takde ape ape yang berlaku.
Then, mak aku nampak.
" Oi, kau tak puasa eh? "


"Eh, puasa ke mak?"


Gile aku tak ingat. Betul betul tak ingat!

And aku terus sambung minum. *alang alang dah TERminum, minum terus. Hewhew.

So, That's my pengalaman.
Anda macamane?
Ape pengalaman anda?



p/s1 : Selamat berpuasa. Teruskan bersabar untuk berpuasa. Kuatkan iman. Banyak kan ibadah.
Semoga ramadhan ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita InsyaAllah.
p/s2 : Jangan tiru adegan di atas. Bahaya. Hewhew.
p/s3 : Maaf, tiada gambar untuk entry ni. Haha.

Bye. :)









Korang memang Awesome !

Assalamualaikum.

Fuhh. Sudah sekian lamenye aku tak UPDATE belog ni.
Dah bersawang bersemut aku tengok. Haishh. -,-''
Busy sikit lately. Busy sebab solat terawih. Haha. *Ni tipu. -,-''

Takdelah. Puasa kan. So, kemalasan dan kepenatan untuk menaip ni agak tinggi. Haha. *poyo nye. dushh!
Btw, Selamat Berpuasa semua. *Sorry sebab tak jenguk belog korang lately. Hewhew.

Okayy. Tadi bile aku tengok kat dashboard,
Dengan secara tak sengajanye. Aku tertengok yang followers aku dah 100.
I repeat, 100. *eleh, seratus pon nak kecoh.


Name die Khairul Anas. Ni link die. Pergi la terjah belog Awesome die. Hewhew. :))


Yeah! Aku nak gelak guling guling sekarang ni. *hoi. orang lain followers da beribu, kau baru seratus la. -,-''
Ah, tak kesah. Yang penting 100. Haha.
I mean like WTFish.
I can't believe it. *Awat hang ni teruja sangat. rilek la oi. -,-''

Okayy. Aku rase aku dah over excited ni.

Haha. That's it.
Selamat berpuasa.

p/s : Abaikan pengunaan bahasa kasar dan kesalah tatabahasa di atas. Hewhew. :))

Bye. :))

I'm FAILED !

Assalamualaikum. *first time entry bagi salam. tak baik nye aku. -,-''

Okayy. Agak lame rasenye aku tak update.
Quite busy actually. *busy mende, tido je kat rumah tu. haha.
Busy la tu. Makan, tidur. Makan, tidur.
Nanti puase dah tak boleh makan banyak2 dah. Hehe.


Lately, ramai jugak yang update pasal dapat further study.
UiTM la, UTM la, USIM la. Dan banyak lagi la. U yang tak penah dengar pon ade jugak.
CONGRATS untuk korang semua. Belajar rajin rajin. Jangan suke ponteng. Assignment buat on time. Jangan tangguh kerja. *Ceh aku cakap ni macam aku bagus sangat kan. Haha.
Takde la. Sebab aku selalu buat bende bende tu semua, so korang jangan la ikut jejak langkah aku yang sangat tak produktif tu okayy. Hewhew.


Okayy, since semua dah cerita pengalaman dapat tawaran belajar. Aku pon nak cerita lah aku punye pengalaman dulu.
Dulu la. Mase lepas SPM. Tahun 2008. *Cer kire bape umur aku sekarang. haha. Dah tua nye aku. -,-''


Dulu, mase aku cek result UPU kat laman sesawang.
Aku begitu sedih dan frust menonggeng, sebab aku TAK DAPAT !
I repeat, aku TAK DAPAT. *amik kau siap caps lock  dengan bold lagi.


Ni melampau ni. Takde la sampai nak 'die' bagai. Haha.


Korang tau betape kecewa nya aku mase tu.
Betape sangat tertekannya aku? Frust.
Makan tak lalu.
Tidur tak lena.
Mandi tak basah. *ayat standart bile frust bercinte. -,-''

Tapi aku cekal kan hati. Berdoa. Tawakkal.
And finally aku dapat.
Yes. Dapat.
TAPI...

Nasib tak menyebelahi aku.
Kos yang aku dapat tu aku tak minat. *Tak minat asal pilih kos tu?
Kos last choice aku actually.
Aku pilih sebab nak penuh kan ruang kosong jek mase tu. Ade 8 pilihan kenape die pilih yang last?
Kenape tak pilih yang ke 2, ke 3 dan seterusnye.
Kenape pilih yang pilihan ke 8? Kenape? KENAPAAAA?
Argghhhh!!!

At last, aku tak amik tawaran tu.
Sedih.
Hati semakin sayu, pilu.
Frust lagi sekali.

And then, nak di jadi kan cerita, satu hari tu
Aku pegi jalan jalan dekat town.
Dan secara unintentionally, aku TERpegi satu pameran IPT.

Pendekkan cerita, aku dapat masuk kolej.
Kolej bersekutu. Aku dapat kos UiTM.
Dalam hati, kolej pon kolej la. Janji kos tu aku suke ! Hewhew.

Dan mase nak daftar tu, aku tengok kolej tu macam BUKAN kolej.
I mean like WTFish kolej ni.
Die punye paras rupe, ade macam RUMAH KEBAJIKAN.
Bangunan usang. Student pon tak ramai. Tak happenin' langsung!

Aku terus takde mood nak belajar kat situ.
Kaki ni ringan je nak balik rumah. -,-''

Tapi aku cekal kan hati. Aku terima seadanya.
Mungkin dah rezeki aku tertulis belajar kat situ.

Aku belajar banyak bende kat situ.
Banyak halangan, dugaan belajar kat situ.
And finally,
Aku GRAD dengan jaya nye. Woot woot. :))


Yess!

So, moral of the story.
Tak kisah la kat mane pon kita belajar,
Seburuk mane pon tempat tu,
Betapa ceruk nye tempat tu,
Kalau nawaitu kita nak belajar, and kita belajar betul betul,
InsyaAllah kita akan berjaya. :))

Good luck untuk korang semua. You guys memang AWESOME! *tibatiba?

p/s1 : Korang nak tau kos ape yang aku pilih no 8 tu? Diploma Pendidikan Islam.*Tak baik nye aku tak amik kos tu -,-''. Kalau tak aku dah jadi ustaz kan sekarang. Hewhew.
Tapi, kalau kita tak suke sesuatu perkara tu, kita tak akan bersungguh sungguh buat. And akan berakhir dengan sesuatu yang tak begitu baik. Kan?

p/s2 : Tajuk kali nia de kene mengene dengan entry. Hihi
p/s3 : maaf sebab p/s1 panjang. Hahaha. *tak penah penah org buat p/s bebanyak ni.

Okayy bye. Love y'all. :))







Kawan yang tak kenang BUDI !

Entry ni di buat dengan keadaan kelam kabut.
Hari yang menjengkelkan. *menjengkelkan? ayat aku. fuhh.
Cuace mendung.
Hati panas. Kecewa.
Otak lembab.
Mata ngantuk.
Perut lapar.
Line lembab. *macam tenuk
Hanphone takde kredit! *tibetibe. haha


Ok. Aku tipu jek semua tu.
Hati aku dah sebenarnye sangat berbunga bunga, keBESTan sebab dah nak balik rumah.
Yahoo !
Google.
Hahaha.
Gile happy. 2 Bulan cuti wo.
Hewhew. ^__^

Okayy. Itu je nak cakap. Hewhew. :))


p/s : Maybe aku kurang sikit apdett belog ni sebab line takde kat rumah.
p/s2: Kalau mamak bukak, aku online kat situ. Nanti aku apedett la eh. hehe.
p/s3: Korang jangan rindu kat aku pulak nanti. Haha. *rindu ke?
p/s4: Selamat berpuasa.
p/s5: Tajuk tu memang takde kene mengene dengan entry pon. Hahahaha. :D

Bye. :)) Love ya!


Wordless Wednesday : Stickers MacBook yang COOL giler.




















































p/s : mr. kopi pasta aku dah terikut hang buat entry macam ni. hewhew. :))



Last payper, Last payper, Last payper !

Sila bace tajuk entry tu seperti intonasi JOHAN mase 'Lawak Ker Der' okayy. Hewhew.

Yes. Memang aku sangat gembira sebab tinggal last paper jek lagi.
Tak sabar rase nye nak bermaharajalela kat rumah.
Harhar. (Gelak kejam)

2 bulan ooh cuti semester. Sape yang tak gumbira? Haha. (Ketawa kecil)

-Ape yang kau selalu buat bile cuti cuti sem macam ni kat rumah? *korang buat buat la tanye aku eh. hewhew.

Makan, Tidur.
Memang aku suke sangat habis kan beras kat rumah aku.
Dan bile kenyang, hati senang. Mata makin tak boleh handle. Hewhew.
Nanti mula lah si ibu bersuara lantang ;

"Hoi Lee! kau tu takde kerje lain ker? Asyik makan tidur makan tidur jek ! Kau tolong aku masak kat dapur tu lagi bagus la! " 
Bentak si ibu kepada anak die yang malas gile (aku lettew). -,-''

Dan si anak pon menjawab sambil buat muke seposen cenggini -,-''
''Alaaaa.. Adik kan ade, suruh la die tolong. Orang baru nak merasai keNIKMATan betcuti ni mak. Hewhew"



Gambar sekadar untuk mengisi tempat kosong. Hewhew. :))




Takde la.
Kadang kadang aku masuk la jugak dapur tu. Tolong mak aku masak. Kesian die.
Bagus kan aku? Hewhew. (Gelak mintak kaki) -,-''
Selalu la jugak aku tolong potong potong bawang, potong sayur, potong ini potong itu.. Ah, potong semua la yang boleh potong kat dapur tu senang cerita. Haha.

Kadang kadang kalau aku bosan aku masak*ceyyt saje nak cakap die pandai masak lettew. 
Hahaha. Poyo gile! Setakat pandai masak Sadin nak kecoh.
Aku pandai masak la actually. See the leg la. *ape kene mengene kaki dengan pandai masak? -,-''
Boleh la sikit sikit. ^_^ *kau ingat comel la buat muke cenggitu?

Kalau perut dah lapar, semua pelusuk dapur tu aku bongkar. Cari makanan. Hahah.
Bile dah tak jumpe, baru la aku mula mengasah bakat untuk menjadi  seorang Master Chef.
Dalam hati berkata, "Ade bakat rupenye aku ni. Ngeee. :))"

Kan selalu aku tolong mak aku masak, so aku adopt la sikit sikit skill mak aku masak.
Hahah. Tiba tiba aku bermonolog dalaman. (Bertuah sape jadi bini aku. Kihkih) *perasan nye kau!! dushhh !!


Kadang kadang kalau aku bosan duduk kat rumah, aku keluar.
Cari kawan kawan.
Lepaking. Buang mase. (Tak sesuai untuk di contohi. Hewhew)
Kitorang lepak lepak main Gitar jek.
Lepak minum.
Lepak kat surau.
Lepak tengok boboiboy same same. *ini tipu. hahah.

Dan masa itu sentiasa berputar.
Tanpa henti.
Bile dah naik semester baru, baru lah aku rase sebuah penyesalan.
Baru lah nak mengeluh, "cepatnye cuti. Aduhh! -,-''
Padan muke aku.
So, I don't  banana fruit two times. Huh? *pisang berbuah due kali.
Cuti ni aku nak gunakan dengan penuh berhemah.
Penuh dengan perkara perkara yang berfaedah. Hewhew.

Okayy. That's it. Itu jek nak cakap.
Semakin kekeringan idea untuk menaip naip.
Aku ni selalu lari dari tajuk kan? Asal tak buat tajuk, Perkara yang di laku kan semasa cuti semester.
oh! please. *macam tajuk karangan UPSR. hewhew.

Dah la malas nak taip lagi. Penat.
Salam.

Bye. :))



Wordless. (Tanpa Kata)

Aku tengok ramai yang buat entry wordless.
Kan?
So, ini entry wordless aku.

-Hari ni hari sabtu la !

Takpe, selalu korang buat entry Wordless-Wednesday kan?
Aku nak buat Wordless-Saturday. Boleh? Hewhew.

-Tadi hang kata Wordless. Yang hang dok bebel kat atas tu mende?

Oh. Itu monolog dalaman. (cakap dalam hati) Takpe.
 Hewhew.


Jangan tengok berapa jauh lagi kita akan pergi, tengok berapa jauh yang kita telah pergi.
Mungkin kita dah nak capai ape yang kita impikan. Who knows?
So don't give up yo !

That's it !
Bye. :)

BINATANG KAU ! (bhg. 2)

Tajuk entry agak buas sekali lagi.
Saje je buat tajuk entry buas buas biar korang tertarik sikit nak bace. *tertarik ker? -,-''

Okayy. Just nak cakap pasal BINATANG yang aku agak fobia. *fobia? aku geli actually.  Hewhew.
Aku ni memang sensitif sikit bile binatang kecik kecik (serangga) bergerak gerak kat badan aku. Especially kat bahagian kaki. *Semua bahagian la senang cerita. Hewhew. (Gelak gedik)

Aku fobia dengan BINATANG tu semua sebab aku dah banyak kali experience kene geget *saje nak eja macamni. hewhew  and kene sengat dengan BINATANG kecik kecik tu yang aku tak tau dari mane asal usul die.
Kalau die sengat je takpe. Ni die sengat dan lari ! *macam orang langgar lari. Tension gile aku.
Aku jumpe die, aku bunuh die hidup hidup. *memang la, takkan bunuh mati mati kot. -,-''

So, nak di jadikan cerita. Ape ape bende yang aku rase agak aneh di bahagian kaki, aku akan melenting. *macam orang terkejut beruk! hehe.
Biase nye yang buat ni LIPAS! Bile masuk kereta jek, lipas ni selalu berlegar legar kat kaki.
WTFish punye lipas! Tak pasal pasal aku kene gelak dengan member aku tau! Dussshh.

Okayy, di sebabkan aku tak tau binatang yang selalu geget aku tu, so aku terus syak yang semua tu di
lakukan oleh KAU cik LIPAS !


Die suke buat muke tak bersalah. Lempang kang!
(terase geli bile tengok gambar lipas lipas ni kat Google tadi. Ewww)





Kalau la lipas lipas kat Malaysia macamni, aku rase dah lame aku pengsan kot. -,-''


Aku benci kau LIPAS !
Aku kalau jalan jalan waktu malam di kaki kaki deretan kedai, bile nampak je lipas lipas ni berkeliaran, aku selalu pijak pijak die.
Krack krack krack. Keluar la cecair berwarne hijau dari perut lipas tu.
Padan muke kau.
Puas hati aku ! Harhar. (gelak kejam!)

p/s : Kalau korang nampak bintang tu berlegar legar di persekitaran rumah korang, tolong pijakkan bagi pihak aku! Terima kasih.

Bye. :))

New look. Yeay !

Tadi aku usha usha awesome template kat google. Tibe tibe aku jumpe template ni.
Dalam banyak banyak template, ni yang aku rase paling awesome.
So aku amik la.

TAPI..
Aku tak tau nak edit, scynchonizekan die, cantik kan lagi belog aku ni.
Nak tambah ini, tambah tu. Aku tengok belog korang elok jek. Belog aku ni bile nak jadi macam belog korang? Hewhew
Bile la aku nak pandai macam korang semua ni eh?
(Rase seperti diri ini kurang pandai. Hewhew)



Saye budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.
(Baru nak berjinak jinak dalam bidang pemBELOGan ni.) Hewhew.


Okayy. tu je nak cakap.

p/s : maaf kalau ade buat salah kat korang semua.

-raye lame lagi la!

(ni maaf sempena nisfu syaaban laa. korang bace yasin tak tadi? aku.. hehehe. bace sekali jek. hewhew. aku ni memang liat sikit ! ape nak jadi. ishish. -,-'')

Bye. :))

BINATANG KAU !

Amacam?
Nampak tak keGERAMan aku bile bace tajuk tu?
Hewhew.

Actually takde bende pon.
Aku just nak cerita pasal binatang. Binatang feveret aku.

Kucing.
Tatau kenape. Hewhew.
Maybe sebab keCOMELan die kot.

-Abis tu macamane dengan kucing yang tak comel?

Ermmmmm. -,-'' (Diam seketika)
Hehe (Ketawa kecil)

Tapi kan, dulu mase kecik kecik aku tak suke gile BINATANG tu.
Haha.
Sebab rumah aku dulu banyak GILE kucing.

Mak aku la punye pasal.
Mak aku memang. Kemain lagi.
Suke sangat jadi kan rumah aku rumah kebajikan untuk kucing kucing yang HOME-LESS. Terbiar.

Kalau kucing tu tak memBIAK, beranak pinak takpe.
Ni tak. Aishhh.

Berkeliaran kucing kucing tu kat rumah aku.
Tengok TV ade kucing.
Tidur ade kucing.
Nak makan jangan cakap la. Beratur kucing. -,-''

Kadang kadang kalau aku bad mood, aku sepak terajang BINATANG tu. Harhar (Gelak kejam)
Jahat tak aku? Harhar.
Tapi tu dulu la. Kecik lagi. Tak waras. Hewhew.

Sekarang, kucing tu dah jadi binatang feveret aku.
Maybe sebab dah sebati hidup dengan KUCING KUCING tu semua. Hewhew.

Kucing aku banyak yang dah Arwah.

Mati semua dalam keadaan TRAGIS.
Kemalangan jalan raya.
Kene makan dengan HANJING!
Ade jugak yang lari dari rumah. Haha.

Aku paling sedih bile kucing aku mati kene langgar. Langgar LARI pulak tu !
Sedih.
Ade satu kucing aku. Aku suke gile kucing tu.
Dah mati. Orang langgar. :'(
Kesian. Sob3. T_T

Tapi nasib baik die ade tinggalkan beberapa generasi. Haha.


Ni anak si arwah kucing tu tadi.
Name die Cux. (Tak commercial langsung name !)
Die ni paling aku suke. Ramai orang nak pisahkan aku dari die. Tapi, no no no. Tak dapat jack. Hewhew.




Ni anak si kucing kat atas tu. Tiada nama di berikan.
Sebab tak comel. Sape nak ambik la. harhar.
Yang ni dah ade baby dalam perut. Generasi ke 4 nak keluar. Hewhew. :))


Haha. Itu jek nak cakap.
Entry ni aku buat sebab tadi aku belek belek gambar dalam album, jumpe gambar due ekor bintang ni. Hewhew. So, aku buat la entry pasal diorang.

- Tadi kate kucing ade banyak. Ni 2 ekor jek!

Sebab ade gambar due ekor ni jek. Yang lain tak suke bergambar kate nye. Hewhew.*Gile

Bye. :))


Arrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhh !!!!

Nampak tajuk entry tu?
Aku tengah terTEKAN gile ni!
Aku rase macam nak jerit sampai terkeluar semua isi perut!!


Argggghhhhhhhh !!!


Tension.
TENSION nak mati.
SEDIH.
MENYESAL.

Semua lah!
Ishhh!

-Kenapa?

Aku baru habis EXAM tadi.
Biasa nye aku la orang paling TENANG sekali bile abis Exam.
TAPI kali ni..

Ish.. :'(
Aku jadi tak keruan. Tertekan.
Soalan die SUSAH giler nak mati!

Aku rase aku dah buat BAIK punye preparation kot.
TAPI.. Ishh. Entah la.

Aku takut aku FAILED.
Mati aku.
Baru nak berangan angan dapat Dean's List Semester ni.
Phuuuiii! -,-''

Cisss. Takde rezeki.
Redha je la.

Moral down habis ni.
Tak de semangat nak buat entry ni.
Muke macam ni -,-'' .

Muke takde perasaan.

Bye. :'(

p/s : Penat lecturer aku ajar subjek tu 4 bulan. Pengakhiran yang sangat mengecewakan. Tak dapat nak gelak gelak macam ni (hew hew). Dussshh! :'(