Oh! Nicki Minaj.


Isu ni dah lame actually. Dan lagu ni pon dah lame di releasekan . Akhir tahun 2011 kalau tak silap.
Tapi di sebab kan terlalu banyak yang post kat Muka Buku dan Pencicit (Twitter), so aku mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan isu ini.
Dua tiga hari lepas aku bukak You Tube, nak tengokla kesahihan Lirik lagu tersebut. Dan memang sah.

TAPI ape yang menyedihkan ialah, terlalu ramai Rakyat Malaysia yang memberi komen komen berunsur Dosa kelas pertama. (memandai je aku ni)
Bermacam macam kata kata kesat di keluarkan sampai almost every komen adalah datang dari Rakyat Malaysia ni !
Kalau ayat tu bagus takpe jugak. Ni tidak. Buat tambah DOSA jek. Lagi lagi ni bulan Puasa.

Aduh. Tak paham aku. -,-''
Ape yang mereka mereka dapat kalau memaki hamun Nicki Minaj sedemikian rupe?
Nicki Minaj cume akan menjawab " Ade aku Kesah? " *ni hanye gurauan semata. lol

Aku tau yang memberi komen tu sangat MARAH sebab si Nicki tu di katakan Menghina Islam.
Tapi kalau marah sekali pun, tak perlu memalukan Malaysia dengan memberi komen sedemikian rupe. Nampak sangat rakyat Malaysia ni kurang pandai.

Dalam banyak banyak komen tu, ade seorang hamba Allah ni komen lebih kurang macamni. *Aku tak dapat nak trace die punye exact komen sebab video tu dah di DELETE !

" Saya tak nampak pon Nicki Minaj menghina Islam sebab penggunaan Assalamualaikum itu adalah seperti jiran jiran bukan Islam memberi salam kepada kita. Mereka tidak tahu ! Just terikut ikut dengan budaya Islam.
Dan Akhbar itu merujuk kepada orang bernama akhbar ataupun dalam Melayunye akhbar itu bermaksud 'Besar'. Where the *F is akhbar itu merujuk kepada Where the hell is Akhbar. *Omputeh ni kan kasar sikit bahase die. Dalam melayunye bermaksud Di mane Akhbar? Saya tak nampak ape ape yang menghina Islam di sini ! " Katanye.

Dan aku fikir fikir balik. Ade betulnye ape yang mamat tu cakap.

Tapi aku tak setuju 100 percent la dengan mamat tu. Sebabnye kenape si pembuat lagu tu perlu gune perkataan Assalamualikum dengan Akhbar tu. Ia sedikit menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh dunia!

So, as a conclusion. Sebelum memaki hamun, menghentem orang, lebih baik Fikir sejenak. Fikir gune Akal yang di beri oleh Allah !
Daripada memaki hamun, mengeluarkan kata kata kesat, lebih baik doakan si Nicki Minaj tu semoge terbukak pintu hati die. Kan lebih elok. Malah dapat pahala lagi. Kan?

Tapi, aku betul betul SEDIH dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang suke menghentam dan memperbodohkan diri untuk Mempertahankan Islam katenye. Kan banyak lagi cara yang lebih elok? Tak perlu menunjukkan kebodohan sendiri.

Hanya sekadar pandangan. Think before you act !

p/s : Maaf jika aku salah. Betulkan jika aku salah. Aku manusia yang lemah. Dan maaf sebab aku agak Emo. -,-''

Assalamualaikum.

18 comments:

  1. siyes tak penah dengar lagu ni.lagu lain tak pasan la

    ReplyDelete
  2. tak prnh dgr lgu ni lg . and tkpelah , tkyah dgr pun tkpe. haha ehh kdg2 tk phm laa yg komen2 tu . depa konon marah sbb mmpermainkan Islam,tp depa tak sedaq ka depa komen maki hamun tu sume lgsung tk mnunjukkan ciri2 islam . huu :(

    ReplyDelete
  3. kelmarin baru ada sorang member kecoh kan pasal benda ni kat fb so aku donlod then check lirik, yup, mmg ada. Oh, ada beberapa link yg buat analisis pasal benda ni. Nnt aku letak kat shoutbox

    ReplyDelete
  4. ehh..sumpah aku xperasan lagu ni..

    ReplyDelete
  5. ye kamal ... ye . entah hape hape entah diorang yang dok sibuk komen , 'godai nick minaj' heh .. kay , mcam takde kaitan je ... tapi , ah nak cakap jugak ... selamat berpuasa , kamal ^^ kekeke . k assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. yeah true, mereka suka nk menghentam je, tnpa berfikir dulu..

    Jelas skali mamat yg komen tu fikir dulu b4 comment.. hurm =)

    ReplyDelete
  7. AKu tak pernah dengar lagu ni, tapi tau la jugak ade org kecoh kecoh kat fb. Tak teringin pun nak dgr sebenarnya. Yup, tak faham dgn org melayu, islam yg konon nak menegur, tapi pakai bahasa kesat dan suka mencarut carut. Secara tak langsung menunjukkan mentaliti orang melayu yang sangat rendah. Sorry to say, even aku sendiri malu dengan org org mcm ni =.="

    ReplyDelete
  8. ak layan lagu korea jer..bhahaha. klu org putih, layan lirik die yg mampu mghambat hati. yg ada makna...itula....smue nk kritk hambur kata kesat..bkn die kisah pon...BOIKOT die sudeyy.. ak xstuju ldgn mama tu, mmg la salam itu maksud die lebih salam sejahtera ke atas kamu/ selamat ke atas kamu tapi knp perlu pgunaan bhsa d situ..ada udang d sebalik mee nih :P

    ReplyDelete
  9. setuju dengan yong ra aka leakedknowlegde. aku pon layan lagu korea jek. bukan setakat video nicki minaj je, kat video lain pun sama jugak. ada beberapa manusia yg konon mempertahankan seraya memperjuangkan islam, mencarut macam org meroyan dalam komen.

    contoh:
    konon tak suka muslimat dedah aurat, tayang body ngan suara.

    masalahnya, dia tgk jugak video tu dah kenapa? sah2 dah boleh expect apa yg akan keluar..siap mencarut lam komen. ahli nerakalah etc..

    aku tau kewujudan nicki minaj ni pun dr antm. tak penah teringin pun nak dengar lagu dia..huhu

    ReplyDelete
  10. ye ke .. baguslah ada jugak yg bersangka baik dengan dia . kita sebenarnya taktau apa yg dia niatkan dengan lirik dia tu . terpulang lah ~ Hanya Tuhan Maha Mengetahui

    tapi , yg Orang Islam pi kutuk2 dia dgn kata2 kesat tu , mmg memalukan . Tak melambangkan Islam langsung .

    ReplyDelete
  11. lagu ni sgt kontroversi, baru tahu jugak, huhu

    ReplyDelete
  12. Apa pun alasan mereka... ISLAM itu bukanlah sebuah agama untuk diperlekekahkan... dan aku yakin agama2 lain ni jadi sebegitu rupa, sebab mereka tak dapat, tak mampu, mencari kesucian dalam agama mereka, itulah sebab ISLAM menjadi agama yang paling dicemburui oleh agama2 lain... dan kita sebagai org islam.. apa2 jugak yg org kafir laknatullah ni buat utk memesongkan akidah kita terhadap agama Islam, perlu menolak walau apa jugak alasan... sekian.. aku hangin dgn org yg mengaku islam tapi bila ada isu2 cenggini, kemain lagi mempertahankan mat leleh tu apa kes????

    ReplyDelete
  13. oh. bende ni tengah hot dekat Fb. tak minat ahh nicki minaj ni. pelik ==". bila difikir balik, ada betul jugak apa yang dikomen hamba Allah tu. tapi penggunaan lirik ni agak rude la sikit. playing with others religion.

    Yang orang melayu plak, tahu nak maki hamun je.bkn stakat vid ni..vid2 lain yg dirasakan tidak sptutnya pun rmai orng melayu duk marah2.

    ReplyDelete
  14. aku sama macam most pengomen di atas. aku tahu kewujudan lagu ni, sbb tiba2 di FB kecoh. kalau ikutkan mmg au layan Super Junior aku je, sbb depa bru keluar album baru kan. hahahaha. *nak jugak tu*

    sejujurnya, ada betul apa yg mamat tu cakap. okay, dia bersangka baik pada lagu si Nicki Minaj sbb sejujurnya, word yg dia guna tu, seperti assalamualaikum, diguna pakai jugao leh org Arab yg bukan Islam. sbb tu kan bahasa Arab. tpi kita tak tau la, penggunaan tu disengajakan ataupun mmg tak sengaja. wallahualam.

    tpi tu la, sebagai penggiat seni, Nicki Minaj or sesiapa je la yg tulis lirik tu, patut lebih peka tentang sensitiviti satu2 agama.

    soal komen saudara2 seIslam kita yg menampakkan ketidakmatangan dengan menggunakan kata2 kesat yg melampau, itu mungkin salah satu cara mereka nak mencela lirik ni yg nmpk menghina Islam. tpi, pendekatan nak marah tu silap. bila guna kata2 kesat tahap melampau tu, mereka menunjukkan satu sisi negatif yg melibatkan Islam. sbb tu la, ustaz ustazah byk berpesan, bersederhanalah. dalam beragama, dalam bersosial, dalam bergaul, dalam byk hal, bersederhanalah. inilah yg jadi kalau ultra.

    komen panjang dari aku. no offense la pada siapa2 sbb aku pun tak berapa arif nak bahas soal Islam ni. aku pun masih belajar, ada yg terkontang kanting lagi.

    ReplyDelete
  15. ohh btw, kalau penggunaan word f*** bersama assalamualaikum dan akbar tu disengajakan untuk tujuan menghina Islam, itu patut dikeji, tpi bukan dengan cara memaki hamun sewenang2nya.

    psst : rajin pulak eh saudara2 seIslam kita ni nak mengkaji lirik lagu omputeh satu persatu. depa dengar rupanya lagu ni ek ? aku pun tak tau kewujudan lagu ni sehingga diberitahu.

    hik hik hik. fikir2kan la :)

    ReplyDelete
  16. dan lagi satu , nikki minaj tu pun tak paham bahasa melayu .
    so sia-sia je maki hamun , kita yang dapat dosa :|

    ReplyDelete
  17. tak pnah dngr lagu ni.agree with u lah.drp diorng maki2 buat tmbh dosa sndiri je.kdg2 diam tu lbh baik drp berkata kata asalkn jgn diam bodo dah la.diam tapi memerhati n berfikir dgn waras!mmg memalukan bile org memaki maki tapi kata mempertahankn Islam.Islam tak ajar kot maki hamun bagaii..

    ReplyDelete