Selama beberapa tahun *saje taknak letak umur lettew aku hidup atas muke bumi ni, ade beberape kes yang membuatkan aku rase macam
nak seret jek muke ni kat atas jalan tar. Malu giler beb! Haha.
Korang judge la
ye tahap keMALUan aku selama ini. Hewhew. :))
Satu.
Kejadian ni jadi
mase aku pegi satu majlis kawen. Majlis kawen sape tak ingat. Haha. Bile majlis
kawen, of course la ramai orang yang datang ye dak? So, time aku dok feeling
menjamah nasi minyak free, ade sorang awek ni asyik tengok aku jek. *aku rase
die tengok aku la. Sebab aku hensem mase tu. Haha.
And then, die
macam cakap something. Aku tak berapa nak faham. Then aku terus bagi isyarat
kat die yang aku tak faham. Aku buat isyarat tak dengar. *geleng geleng kepala
sambil cakap ‘ huh’ ?
Pastu awek tu
bagi isyarat kat aku. Lebih kurang macamni la die nak cakap.
" Saye tak cakap dengan
awak, saye cakap dengan orang belakang awak! "
Aku toleh belakang,
oh! tidakk. Sekumpulan aweks tengah syok gelak kan aku.
Malu beb! Haha.
Padan muke aku. Rase macam nak sorok je muke aku dalam nasi minyak tu. Demmm.
Dua.
Baru beberapa
bulan lepas jadi. Aku nak beli beger McD. Aku nak cepat mase tu. So aku tolak
la pintu McD tu kuat kuat. Pastu tibe tibe jek ' gedegangg ! '. Pintu tu rupenye
pintu tarik. Mane nak perasan tulisan ‘tarik’ tu bile nak cepat. Kuat kot bunyi
mase tu. Semua orang dalam McD tu tengok aku. Bengang gile. Rase macam nak
tukar selera makan KFC je mase tu. Haha. Tapi aku beli la jugak. Nak cover malu
punye pasal.
Sejak kejadian tu
aku benci dengan semua pintu ‘tarik’. Benci! Benciiiii !
Tiga.
Ni mase kat
sekolah. Aku ade exam mase tu. Tibe tibe perut aku rase tak selesa. Aku pergi
toilet. Lepas semua hajat dah ditunaikan *ayat sopan aku masuk la kelas balik.
Aku duduk.
Eh, apesal panas jek kerusi aku ni?
Rasenye lame jugak aku kat
toilet tadi. Budak budak semua dah mule gelak gelak dah.
Laa.. Tenuk
betul. Macamane aku boleh salah tempat duduk ni? Oh tidakk! Patut la
panas semacam jek. Haishh.
Dan dengan muka takbersalahnye, aku pindah la balik tempat aku. Sambil buat muke serius, aku teruskan jawab exam. Dalam hati..tuhan je tau tahap kebengangan aku mase tu. Argghh !
Empat.
Mase tu aku
dengan member member aku makan kat kedai.
Ade la dalam bebelas orang membe aku mase tu. Aku makan
macam biasa.
Tibe tibe, tak
tau macam mane air aku boleh tumpah. Prappp. Bersepah air + ais atas meja, kene
pulak seluar aku. Habis basah. Pastu member aku semua bersorak.
Menganjing lagi
adelah!! *marah betul aku.
Bukan nye nak tolong ke hape! Dah semua bersorak uuuuhhhhhh, semua
orang dalam kedai tu pandang la aku. Berdabel dabel aku punye keMALUan.
Rase macam nak jadi Super Saiya macam Goku je mase tu. Tension aku dapat kawan yang
suke jadikan aku bahan gelak ni! Demmm. Dah la bengang, diorang tambah lagi aku
punye kebengangan.
Tapi aku buat muke calm and cool jek. Dalam hati, membuak
buak PANAS, hangin, malu, bengang je aku mase tu. Rase macam nak flying kick je
sorang sorang mase tu. Aku sabar jek. Pastu ade la sorang member pompuan aku ni
hulur tisu. Sejuk sikit hati. Haha.
Die heroin aku
mase tu. Cehh!
Lima.
Okayy ni last.
Aku dah banyak kali kene macam ni.
Mase tu aku jalan
jalan kat shopping complex dengan sorang member aku.
Aku ni, kalau bab
bab ingat kedai ni, aku memang pro. Haha. So, sebab aku tau semua kedai dalam
shopping complex tu, aku la kene jalan kat depan. Jalan punye jalan, sambil
sambil tu aku borak borak la dengan member aku kat sebelah. (rasa macam membe
aku la, sebab mata tengok depan, tak perasan sangat orang sebelah.)
Eh, apesal die
senyap je ni? Makin laju pulak die jalan. *Aku bermonolog sendiri.
Aku toleh
belakang, takde pon nampak membe aku tu.
Tanpe berfikir
panjang, aku terus tarik bahu die.
" Hoii, apesal
kau laju sangat ah Ramli?" *bukan name sebenar.
Die toleh.
Amek kau! Sejak
bile muke member aku ni hitam macam Mariah Karey ni?
" Eh eh, sorry
bro. Gua silap orang. Sorry eh bro. Lu boleh teruskan perjalanan lu. "
Hahah. Mane aku
nak letak muke ni oi. Malu kot. Oh tidakkk!!
Rase malu die still rase kot sampai sekarang ni. *Ni tipu. haha
Tapi lepas kene semua semua tu, aku lebih berhati hati sekarang ni. Tak nak dah pisang berbuah due kali. Tak sanggup den. Haha. Tapi kadang kadang kene jugak la, sebab aku suke sangat bertindak mengikut nafsu bukan ikut pemikiran yang waras. Haha.
Okayy, That's it.
Anda macamane?
Ape kejadian yang sangat meMALUkan dalam diri anda? Haha.
Harap kejadiaan yang sama tak menimpa diri hangpa semua lepas ni. Hewhew.
p/s 1 : Tak penah aku citer kat orang tau kisah PAHIT aku ni. Hangpa semua sangat bertuah. Hewhew.
p/s 2 : Maaf sebab Shout Box aku tu gile. Mogok agaknye. Korang nak shout, shout kuat kuat kat komen okayy. hewhew. :)
Teruskan berpuasa dengan sabar okayy.
Bye. :)
xoxo. *ape maksud menatang ni pon aku taktau. haha
xoxo tu hugs and kisses la kamal-ko nak hugs n kisses kat readers ko ke? hmm...cam bagus gak idea tu, boleh tiru. (==')
ReplyDeleteBtw...antara semua2 kejadian memalukan yg kau alami ni, aku rasa yg aku tersengih sorang2 baca ialah tang kau cakap ngan awek tu kut. Aduhai kau ni pun, kut ye pun-pandanglah kiri kanan belakang depan dulu baru tengok muka awek tu balik-make sure betul ke dia cakap ngan kau-
eh pjg plak ak komen. Ok dah bye-selamat berpuasa. ^^,
p/s: persiapan raya achaner?
hahah ni bkn tknk pisang berbuah 2 kali,ni dah 5 kali dah berbuah tu . hahahah sabo jela . aq rsa sume memalukan , tp maksima tahap malu ckp dgn awek tu . perghh hilang macho gitu. hahah
ReplyDeleteBest lah entri kau ni tenuk. Hamboii kau xoxo siapa ? Hahahah
ReplyDelete@Anasyg : amboihh, belum ape2 dah persiapan raye. tak siap ape2 lagi pon. haha.
ReplyDelete@eyjalukman : tu la pasal. perasan lebih. haha.
@putrianati : best eh? aku xoxo kat sape yang bace la. LOL. :))
XoXo : hug n kiss
ReplyDeletehaha.. sengih sendiri aku baca kisah ko ni.. tapi aku xde idea nak citer kisah MALU yg terjadi kat aku.. tak boleh recall myb sebab aku berusaha lupakannya hewhew..
huahahaa, dulu mase darjah 1 masuk salah kelas lapas g toilet, pas tu cikgu, budak budak sume senyap, macam ada alien masuk. then aku cepat2 keluar, malu gila, hahaa. nasib baik darjah 1, semua budak macam blur blur lagi, hahaa :D
ReplyDeleteby the way, hebat jugak cerita malu kau, sybas :D
bhahaha ak baca sampai habis cerita2 keMALUan ko ni. ak pon ada gk cite2 keMALUan tu tapi bkn ak xnk cite tp ak lupa apa die..bhahahaha
ReplyDeletep/s: shoutbox tu mohon ko tukaq la. Fibox asyik beronar jer..sila bercerai dgn fibox tu n kawen bru dgn cbox atau shoutbox busuk...:P
bhahaha ak baca sampai habis cerita2 keMALUan ko ni. ak pon ada gk cite2 keMALUan tu tapi bkn ak xnk cite tp ak lupa apa die..bhahahaha
ReplyDeletep/s: shoutbox tu mohon ko tukaq la. Fibox asyik beronar jer..sila bercerai dgn fibox tu n kawen bru dgn cbox atau shoutbox busuk...:P
Aku rasa lah part paling malu paling aku rasa gelak berguling-guling lah tahap petala 7, yang nombor 1 tu.
ReplyDeleteEeeeeeee, padan muka!
Kahkahkah T_T
perghh malu siot no 1 and no 2. kuikui, msty merah pdam muka ko an. hewhew ~hahah
ReplyDeletekah kah kah
ReplyDeleteexperience yg ko lalui lebih kurang aje mcm owg lain
cuma peringkat kemaluan itu yg berbeza :P
hahhaha . lawak GILE citer hang . kuk kik kuk kih aku gelak .
ReplyDeletepaling tak tahan yg silap org tu . Hang xcam baju dia ka ??
#xoxo tu love lah .
no 1 n 2 tu tak boleh tahan..huhu :)
ReplyDeleteamboihh XOXO sakan neh. Hahaha. Tak boleh weh, bukan muhrim. Dosa. Hahahaha
ReplyDeleteaduh. aku baca entry kau, nak kata kesian pun ada, lawak pun ada. aku cuma boleh bersimpati dari jauh je la. hahahaha
malu sbb perasan org ckp dgn dia padahal dia ckp ngn org belakang, yg tu aku pernah kena and aku tahu tahap kemaluan macam mana yg kau rasa malu woi. bersepai saham aku "=.=
haha kisah tu lawak..giler segan la....tak jd mkan
ReplyDelete