Ke-henseman Melampau !

Assalamualaikum.

Kalau ye pon, jawab la dulu salam tu. Hahah.

Okayy, Sekitar Hari Raye ni, gua ade snap 2 3 bijik gambar untuk tatapan lu orang semua. Hahah.
Korang tengoklah gambar gambar ni eh. Selamat menegok!


Bersamping kain pelekat itu memang Awesome. Kan? Hewhew.



Menunggu kekasih hati yang tak kunjung tiba di Hari Raya. Sob3. :(



Kemeja lengan panjang itu memang Awesome. :)) Tapi jadi tak Awesome bile berseluar koyak!



Mawar merah untuk para gadis. Boleh buat wallpaper desktop. Hewhew.

p/s : Ni bukan aku yang snap. Membe aku. Die sangat eksited bile tengok gambar ini dan memaksa aku dengan kerasnye untuk upload dalam belog . -,-''




Alcohol free. Air gas tidak baik untuk kesihatan.



Smoking area. Merokok tidak baik untuk kesihatan. Katakan tidak!



Berbaju melayu dipadankan dengan selipar jepun memang tak Awesome. Btw, pose ini tidak sesuai ditiru dirumah. Lagi tidak sesuai bile di highway !


Itu jek. Haha. Actually banyak lagi gambar yang gua snap. Cume tidak mahu diupload disebabkan kehenseman gua yang melampau ! *Perasan nak mati gua ni. hahah.

p/s1 : Apesal gua gune kata ganti diri 'gua' 'lu' untuk entry kali ni? *Kenape? Kenape? Entry gua, suke hati gua lah. Hahah.
p/s2 : Raye ni jangan makan kuih raye tak ingat dunie pulak. Hahah. Ingat gua bile makan kuih raye. Lagi lagi bile makan kuih Tat Nenas. Perghhh.
p/s3 : Selamat Hari Raye ke empat semua. :)
p/s4 : Korang boleh sambung collect duit raye balik. Haha.

Bye. :)) Love y'all.

Selamat Hari Raya Semua.

Lebih kurang 2 bulan lebih aku buat belog ni.
Ramai aku jumpe kawan kawan yang Awesome macam hang semua.
Terima kasih sebab korang rajin jenguk blog aku yang tak seberapa ni.
Terima kasih sangat.

So, untuk memendekkan entry, aku just nak cakap "Selamat Hari Raya. Aidilfitri Mulia.
Ampun Maaf dipinta. Mensuci hening dosa. Setahun mengh... " *amboi, ternyanyi lagu raye pulak. hewhew

Okayy, Selamat hari raye untuk korang semua.
Especially korang korang yang selalu jenguk belog aku yang tak seberapa ni.

Mr. Kopi Paste yang banyak entry Awesome awesome!!!
Amirul dan cardigan cardigan nye.
Teya yang sibuk membuat Cupcake.
Anasyg yang benyak entry panjang lebar but Awesome!!
Cik PPP yang Vogue. Kau hade?
Ety yang feymes dengan gelaran Babyface a.k.a Sathiya. hewhew
Edy Fee yang aku jeles dengan rambutnye yang awesome.
PutryAnaty yang ajar aku buat belog dulu. Tengs punat!
Yaya yang memang Awesome!
EyjaLukman yang banyak animated gift RunningMan yang Awesome.
Cendol. Aku selalu jenguk belog die sebab nak dengar lagu Ge Ge Ge. haha.
Dakaraa. Aku tak tau name betul hang. hewhew.
Saddlone. SadandAlone kot. Semoge raye ni hang lebih happy ok.
Adibah Faizah yang suke makan tempe dan sambal kicap. *tau tau je aku. hahah

Dan semua lah yang follow aku. Maaf kalau name hang tak ditag.
Aku cume manusia biasa. Sob3.

Bye. :))

p/s1: Selamat Hari Raye maaf zahir dan batin. *Bape banyak kali nak cakap daa.
p/s2: Kepada yang balik kampung tu, hati hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang ye.
p/s3: Raye jemput lah datang rumah. *macam lah tau rumah aku kat mane. hewhew.
p/s4: Hati hati bile nak meng'gosok' baju raye korang. Takut terbakar. Aku pernah alami dulu. Sedih! :(
p/s5: Eh, bape banyak p/s daaa..

Love y'all.
Assalamualaikum.


Oh Samarinda.

Salam.
Puase dah nak abis. Rase sekejap jek masa berlalu. Haih.
Tak lame lagi dah nak raye dah. -,-''

Semalam aku bukak TV.
TV 3. Slot Samarinda.
Aku ni actually jenis tak suke tengok citer Melayu ni. Tak sebest citer Mat Saleh! Haha.*industri  kita ni tak  maju sebab orang macam aku lah. perasan Mat Salleh!
Kalau tengok pon, citer citer yang ade mesej, pengajaran dan ade impak yang mendalam bile tengok. Bukan seperti kebanyakkan cerita Melayu yang sering mengutamakan pelakon pelakon HOT, daripada mesej yang ingin di sampaikan. Jelak bile tengok cerita macamni ! Phuii.

TAPI semalam aku TERtengok citer 7 Ramadan. Korang tengok citer ni?


First impression aku bile tengok, Perggghh, gile best citer ni.
Kenape aku baru tengok sekarang? Kenape tak tengok dari awal? Kenape? Kenape? *Eh, rilek la. cerita je kot. yang kau nak emo asal? haha.

Seriously, memang citer ni best. Elly Suriati kalau belakon memang terbaikk !
Dan aku terus download citer ni.
Can't wait to watch the coming episode!! lol.

Bye. :)

p/s : entry kali ni takde p/s. hahaha. :))

Oh! Nicki Minaj.


Isu ni dah lame actually. Dan lagu ni pon dah lame di releasekan . Akhir tahun 2011 kalau tak silap.
Tapi di sebab kan terlalu banyak yang post kat Muka Buku dan Pencicit (Twitter), so aku mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan isu ini.
Dua tiga hari lepas aku bukak You Tube, nak tengokla kesahihan Lirik lagu tersebut. Dan memang sah.

TAPI ape yang menyedihkan ialah, terlalu ramai Rakyat Malaysia yang memberi komen komen berunsur Dosa kelas pertama. (memandai je aku ni)
Bermacam macam kata kata kesat di keluarkan sampai almost every komen adalah datang dari Rakyat Malaysia ni !
Kalau ayat tu bagus takpe jugak. Ni tidak. Buat tambah DOSA jek. Lagi lagi ni bulan Puasa.

Aduh. Tak paham aku. -,-''
Ape yang mereka mereka dapat kalau memaki hamun Nicki Minaj sedemikian rupe?
Nicki Minaj cume akan menjawab " Ade aku Kesah? " *ni hanye gurauan semata. lol

Aku tau yang memberi komen tu sangat MARAH sebab si Nicki tu di katakan Menghina Islam.
Tapi kalau marah sekali pun, tak perlu memalukan Malaysia dengan memberi komen sedemikian rupe. Nampak sangat rakyat Malaysia ni kurang pandai.

Dalam banyak banyak komen tu, ade seorang hamba Allah ni komen lebih kurang macamni. *Aku tak dapat nak trace die punye exact komen sebab video tu dah di DELETE !

" Saya tak nampak pon Nicki Minaj menghina Islam sebab penggunaan Assalamualaikum itu adalah seperti jiran jiran bukan Islam memberi salam kepada kita. Mereka tidak tahu ! Just terikut ikut dengan budaya Islam.
Dan Akhbar itu merujuk kepada orang bernama akhbar ataupun dalam Melayunye akhbar itu bermaksud 'Besar'. Where the *F is akhbar itu merujuk kepada Where the hell is Akhbar. *Omputeh ni kan kasar sikit bahase die. Dalam melayunye bermaksud Di mane Akhbar? Saya tak nampak ape ape yang menghina Islam di sini ! " Katanye.

Dan aku fikir fikir balik. Ade betulnye ape yang mamat tu cakap.

Tapi aku tak setuju 100 percent la dengan mamat tu. Sebabnye kenape si pembuat lagu tu perlu gune perkataan Assalamualikum dengan Akhbar tu. Ia sedikit menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh dunia!

So, as a conclusion. Sebelum memaki hamun, menghentem orang, lebih baik Fikir sejenak. Fikir gune Akal yang di beri oleh Allah !
Daripada memaki hamun, mengeluarkan kata kata kesat, lebih baik doakan si Nicki Minaj tu semoge terbukak pintu hati die. Kan lebih elok. Malah dapat pahala lagi. Kan?

Tapi, aku betul betul SEDIH dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang suke menghentam dan memperbodohkan diri untuk Mempertahankan Islam katenye. Kan banyak lagi cara yang lebih elok? Tak perlu menunjukkan kebodohan sendiri.

Hanya sekadar pandangan. Think before you act !

p/s : Maaf jika aku salah. Betulkan jika aku salah. Aku manusia yang lemah. Dan maaf sebab aku agak Emo. -,-''

Assalamualaikum.

aku MALUU. -,-''


Selama beberapa tahun *saje taknak letak umur lettew aku hidup atas muke bumi ni, ade beberape kes yang membuatkan aku rase macam nak seret jek muke ni kat atas jalan tar. Malu giler beb! Haha.

So, today, I want to share with you some of my embarrassing moment in my life! *Amik kau. Ayat skema aku bagi. Haha. Ohmyenglish! -,-‘’
                                        
Korang judge la ye tahap keMALUan aku selama ini. Hewhew. :))

Satu.
Kejadian ni jadi mase aku pegi satu majlis kawen. Majlis kawen sape tak ingat. Haha. Bile majlis kawen, of course la ramai orang yang datang ye dak? So, time aku dok feeling menjamah nasi minyak free, ade sorang awek ni asyik tengok aku jek. *aku rase die tengok aku la. Sebab aku hensem mase tu. Haha.
And then, die macam cakap something. Aku tak berapa nak faham. Then aku terus bagi isyarat kat die yang aku tak faham. Aku buat isyarat tak dengar. *geleng geleng kepala sambil cakap ‘ huh’ ?
Pastu awek tu bagi isyarat kat aku. Lebih kurang macamni la die nak cakap.

" Saye tak cakap dengan awak, saye cakap dengan orang belakang awak! "

Aku toleh belakang, oh! tidakk. Sekumpulan aweks tengah syok gelak kan aku.
Malu beb! Haha. Padan muke aku. Rase macam nak sorok je muke aku dalam nasi minyak tu. Demmm.


Dua.
Baru beberapa bulan lepas jadi. Aku nak beli beger McD. Aku nak cepat mase tu. So aku tolak la pintu McD tu kuat kuat. Pastu tibe tibe jek ' gedegangg ! '. Pintu tu rupenye pintu tarik. Mane nak perasan tulisan ‘tarik’ tu bile nak cepat. Kuat kot bunyi mase tu. Semua orang dalam McD tu tengok aku. Bengang gile. Rase macam nak tukar selera makan KFC je mase tu. Haha. Tapi aku beli la jugak. Nak cover malu punye pasal.
Sejak kejadian tu aku benci dengan semua pintu ‘tarik’. Benci! Benciiiii !


Tiga.
Ni mase kat sekolah. Aku ade exam mase tu. Tibe tibe perut aku rase tak selesa. Aku pergi toilet. Lepas semua hajat dah ditunaikan *ayat sopan aku masuk la kelas balik. Aku duduk. 
Eh, apesal panas jek kerusi aku ni? 
Rasenye lame jugak aku kat toilet tadi. Budak budak semua dah mule gelak gelak dah.
Laa.. Tenuk betul. Macamane aku boleh salah tempat duduk ni? Oh tidakk! Patut la panas semacam jek. Haishh.
Dan dengan muka takbersalahnye, aku pindah la balik tempat aku. Sambil buat muke serius, aku teruskan jawab exam. Dalam hati..tuhan je tau tahap kebengangan aku mase tu. Argghh !


Empat.
Mase tu aku dengan member member aku makan kat kedai. 
Ade la dalam bebelas orang membe aku mase tu. Aku makan macam biasa.
Tibe tibe, tak tau macam mane air aku boleh tumpah. Prappp. Bersepah air + ais atas meja, kene pulak seluar aku. Habis basah. Pastu member aku semua bersorak. 
Menganjing lagi adelah!! *marah betul aku.
Bukan nye nak tolong ke hape! Dah semua bersorak uuuuhhhhhh, semua orang dalam kedai tu pandang la aku. Berdabel dabel aku punye keMALUan. Rase macam nak jadi Super Saiya macam Goku je mase tu. Tension aku dapat kawan yang suke jadikan aku bahan gelak ni! Demmm. Dah la bengang, diorang tambah lagi aku punye kebengangan. 
Tapi aku buat muke calm and cool jek. Dalam hati, membuak buak PANAS, hangin, malu, bengang je aku mase tu. Rase macam nak flying kick je sorang sorang mase tu. Aku sabar jek. Pastu ade la sorang member pompuan aku ni hulur tisu. Sejuk sikit hati. Haha.
Die heroin aku mase tu. Cehh!


Lima.
Okayy ni last. Aku dah banyak kali kene macam ni.
Mase tu aku jalan jalan kat shopping complex dengan sorang member aku.
Aku ni, kalau bab bab ingat kedai ni, aku memang pro. Haha. So, sebab aku tau semua kedai dalam shopping complex tu, aku la kene jalan kat depan. Jalan punye jalan, sambil sambil tu aku borak borak la dengan member aku kat sebelah. (rasa macam membe aku la, sebab mata tengok depan, tak perasan sangat orang sebelah.)
Eh, apesal die senyap je ni? Makin laju pulak die jalan. *Aku bermonolog sendiri.
Aku toleh belakang, takde pon nampak membe aku tu.
Tanpe berfikir panjang, aku terus tarik bahu die.

" Hoii, apesal kau laju sangat ah Ramli?" *bukan name sebenar.

Die toleh.
Amek kau! Sejak bile muke member aku ni hitam macam Mariah Karey ni?

" Eh eh, sorry bro. Gua silap orang. Sorry eh bro. Lu boleh teruskan perjalanan lu. "

Hahah. Mane aku nak letak muke ni oi. Malu kot. Oh tidakkk!!


Rase malu die still rase kot sampai sekarang ni. *Ni tipu. haha
Tapi lepas kene semua semua tu, aku lebih berhati hati sekarang ni. Tak nak dah pisang berbuah due kali. Tak sanggup den. Haha. Tapi kadang kadang kene jugak la, sebab aku suke sangat bertindak mengikut nafsu bukan ikut pemikiran yang waras. Haha.

Okayy, That's it.
Anda macamane?
Ape kejadian yang sangat meMALUkan dalam diri anda? Haha.

Harap kejadiaan yang sama tak menimpa diri hangpa semua lepas ni. Hewhew.

p/s 1 : Tak penah aku citer kat orang tau kisah PAHIT aku ni. Hangpa semua sangat bertuah. Hewhew.
p/s 2 : Maaf sebab Shout Box aku tu gile. Mogok agaknye. Korang nak shout, shout kuat kuat kat komen okayy. hewhew. :)

Teruskan berpuasa dengan sabar okayy.
Bye. :)
xoxo. *ape maksud menatang ni pon aku taktau. haha


Hantuu.


Terdapat banyak perkara yang aku takut dalam dunia ni. Antaranya ialah.. *Perghh. Ayat macam nak buat karangan UPSR siot. Kau hade? (kak PPP pinjam trademark) -,-‘’

Satu.
Aku takut cakap kat depan orang ramai. Sebab semua orang tengok aku. Haha. Takut ooh. Gigil aku kat depan sorang sorang. Lagi takut bile nak tunggu turn. Haishh. Berderau jantung den.

Dua.
Aku takut dengan bende yang bergerak gerak laju atas jalan. Motor, kereta, lori. Semua lah! Aku tak tau kenape aku takut sangat dengan semua bende tu. Fobia agaknye. Aku bayang kan sesuatu yang buruk akan jadi bile aku naik bende yang laju laju atas jalan raya ni. Motor especially. Dan mule lah mulut terkumat kamit bace ayat ayat alQuran. Dan dan baru nak ingat Tuhan mase tu . Haishh. *Negatifnye aku. -,-‘’

Tiga.
Hantu. Nak cakap aku takut dengan ‘bende’ ni pon tak boleh. Sebab aku tak pasti dengan kewujudannya. Nak kate aku tak takut langsung pon tak boleh jugak sebab kang betul betul muncul depan mata menangis tak berlagu nanti aku. haha. So, aku moderate la. Kadang kadang takut, kadang kadang belagak berani. Hewhew. Tapi aku suke tengok citer hantu. Lagi seram lagi aku suke. Haha.

Cantik hantu ni. hewhew.

Empat.
Aku takut bila jalan sorang sorang waktu malam, sunyi, sepi. Aku bukan takut dengan ‘hantu’ yang aku masih ragu ragu dengan kewujudannya tu, tapi aku takut dengan manusia yang bertopengkan SETAN. Yela, manusia zaman sekarang ni kan macam macam.
Mane lah tau kene samun ke, kene simbah asid ke, kene culik ke *ade ke orang nak culik aku? Even bunuh! Siapa tau? Kan dah banyak kes yang dasyat dasyat la ni. Punce dari siape? Manusia lah! Manusia yang tak berfikir dengan otak! (marah ni!!)

Lima.
Dalam banyak banyak, ni paling aku takut. Takut bile nak tengok result exam. Sebab aku takut failed! Takut duhh.
Esok result exam aku keluar. Dug dab dug dab jantung. Haishh. Harap result aku okayy.  :))

Alright. That’s it.
Teruskan berpuasa. Bye. :))

p/s : Sebenarnye aku nak buat entry pasal result exam jek. Tak tau nak buat tajuk ape. Haha.
p/s2: Doakan aku Berjaya okayy. Hewhew.

Love y’all.