Saje buat kambek sebab lama tak update. Kah!

Oh finally.
Ini lah kehidupan yang aku tunggu tunggu selama ni.
Bangun pagi. Makan, tidur, makan, tidur. Makan lagi pastu tidur tak ingat dunia.
Kehidupan yang jauh dari segala bentuk ujian bertulis, assignment mahupun presentation.

Dulu masa sekolah, aku memang jenis pemalas nak mampus bangun pagi pegi sekolah.
Dalam perjalanan nak pergi sekolah, aku selalu doa kot kot bas sekolah rosak, so takyah pergi sekolah. Kah!
Tapi sekali pun doa aku tak makbul.
Mana la nak makbul kalau doa ke arah kejahatan macamtu. Bangang.

Tapi setelah penat lelah bangun pagi pegi sekolah, kelas tambahan, PMR SPM yang macam haram result, pernah nak givap study, macam macam masalah, and finally dapat jugak aku habiskan Ijazah ni. Ehem.

Dan seperti kebiasaan student student lain yang baru bergraduan akan ada satu dilema -- kerja! Ya kerja. Bukan nak cakap yang graduan ni too choosy dalam memilih kerja.
Tapi kalau dah ada degree tapi gaji around 1000-1500, baik tak payah.
Penat penat aku study siang malam nak dapat degree tapi gaji sama level dengan dakdak SPM. What the fish is that?

Ah--mampus ah.
Ada kerja ada. Takde, menganggur la sampai ke tua. Kah!

p/s: Dah doploh tahun menghilang, kini kembali dengan entry hambar tanpa sebarang grafik. Lantak korang lah. Kakaka.

--Bye

3 comments:

  1. hai badrul hisyam..eh, kamalie kasrin dah buat comeback...lol :) selamat kambek. *aku baca ngembek. tahniah dah grad degree :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah... semoga berjaya hendaknye :)

    ReplyDelete